KONSERT GOT7 2016 “FLIGHT LOG: TURBULENCE” DI MALAYSIA

Siapa yang tidak kenal dengan 7 orang anak muda  yang menganggotai kumpulan GOT7 dari Korea Selatan ini. GOT7 yang dianggotai oleh JB (leader), Mark, Jr, Jackson, Youngjae, Bambam dan Yugyeom ini telah ditubuhkan pada tahun 2014 di bawah naungan JYP Entertainment.

Untuk makluman ahli GOT7 berasal dari negara yang berlainan antaranya Jackson dari Hong Kong, Mark dari USA dan BamBam dari Thailand serta selebihnya berasal dari Korea Selatan.

Kumpulan ini pernah datang ke Malaysia beberapa tahun yang lepas untuk merakamkan video clip mereka A dan mereka juga pernah mengadadakan sesi khas bertemu dengan peminat di KL Live tahun lepas. Disember ini, GOT7 akan kembali ke Malaysia untuk Konsert pertama mereka di sini.

Disember ini, GOT7 akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan Konsert pertama mereka di sini. Kumpulan ini baru sahaja mengeluarkan mini album ke-5 mereka yang bertajuk Flight Log: Departure pada bulan Mac yang lalu. Antara lagu yang menjadi hits adalah “Fly” dan “Home Run”.

GOT7 Flight Log: Turbulence in Malaysia 2016 ini dianjurkan oleh Three Angles Production (Singapore)  dan IME Singapore serta dengan kerjasama IME Malaysia . Konsert ini akan diadakan pada 4 December 2016,  6pm, bertempat di  Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Tiket-tiket konsert akan mula dijual pada 6 November 2016. Anda boleh mendapatkan tiket anda di Tropicana City Mall concourse area (3, Jalan SS 20/27, Seksyen 20, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia) pada jam 10.00 pagi – 3.00 petang dan setiap orang boleh membeli maximum 4 tiket sahaja.  Anda juga boleh mendapatkan official poster dari GOT7 selagi stok masih ada.

Bagaimanapun, anda masih boleh mendapatkan tiket secara online di www.ticketcharge.com.my bermula jam 3.00 petang pada hari yang sama (6/11). Selain itu, anda boleh dapatkan tiket di Speedy music outlet, Victoria music outlet, Neway Karaoke outlet, The Mines shopping mall, TicketCharge office.  Tiket dijual pada harga VVIP RM680, VIP RM550 & PREMIUM RM350 (Price inclusive of 6% GST, but exclusive of RM4 processing fees)

Jadi kepada peminat-peminat GOT7 atau dikenali sebagai I GOT7, jangan lepaskan peluang anda untuk berjumpa dengan JB , Mark, Jr, Jackson, Youngjae, Bambam dan Yugyeom serta menyaksikan konsert mereka secara LIVE.

Untuk maklumat lanjut berkenaan konsert dan tiket, anda boleh layari facebook IME Asia

 

 

loading...