Tiket GOT7 ‘KEEP SPINNING’ 2020 di Kuala Lumpur mula dijual 15 Januari ini

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2020 – IGOT7 Malaysia! Ya, GOT7 telah dengar suara-suara anda memanggil nama mereka sehinggakan pada akhirnya oppa-oppa ini akan mengunjungi ibu negara sempena siri jelajah “GOT7 2020 WORLD TOUR ‘KEEP SPINNING’ IN KUALA LUMPUR” yang akan diadakan pada 7 Mac 2020 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, mulai jam 8 malam!

“GOT7 Keep Spinning 2019 World Tour” telah memulakan siri jelajahnya pada Jun 2019 bertempat di Seoul KSPO Dome dan meneruskan perjalanannya ke Newark, Toronto, Dallas, Los Angeles, Oakland, Mexico City, Santiago, Sydney dan Melbourne. Kumpulan ini kemudian memulakan siri jelajah Asia di Manila pada Oktober lepas. Konsert ini merupakan antara konsert K-Pop yang paling dinantikan di Malaysia selepas kali terakhir mereka mengunjungi negara ini tiga tahun lepas sempena “Flight Log: Turbulence”. 

Dengan paparan skrin LED gergasi dan kesan audio-visual yang menakjubkan, selain daripada set lagu daripada koleksi lagu popular mereka, GOT7 dikhabarkan akan menampilkan daya tarikan mereka yang unik menerusi persembahan secara solo dan sub-unit, sekaligus membuktikan mereka sebagai kumpulan K-Pop yang paling versatile generasi ini !

Single GOT7 yang terbaru sempena kemunculan semula mereka iaitu “You Calling My Name” telah memenangi Daesang bagi  kategori Performance of the Year baru-baru ini. Kumpulan K-Pop multinational ini dianggotai oleh tujuh jejaka; JB, Jinyoung, Youngjae dan Yugyeom dari Korea Selatan, Mark dari Amerika Syarikat, Jackson  dari Hong Kong dan BamBam dari Thailand telah menampilkan ucapan dengan begitu kreatif ketika penerimaan sebarang anugerah dalam empat bahasa iaitu dalam bahasa Korea, Inggeris, Thai dan Mandarin.

Jom saksikan persembahan GOT7 di Anugerah MAMA 2019 yang lepas

Kumpulan ini pastinya akan Crash & Burn pada malam itu dengan persembahan mereka yang menarik dan penuh bertenaga yang akan menyaksikan perjalanan jauh mereka dalam bergelar artis. Penantian lama untuk GOT7 pastinya terbayar kerana mereka akan mempamerkan keunikan setiap mereka dan perkhidmatan layanan peminat kelas A terhadap IGOT7. Mereka bukan hanya bersandarkan pada visual semata tapi kerana kepelbagaian bakat yang dimiliki setiap ahli.

Jualan Tiket bermula 15 Januari (Rabu), 12 tengah hari

Jualan tiket “GOT7 2020 WORLD TOUR ‘KEEP SPINNING’ IN KUALA LUMPUR” yang dianjurkan oleh Star Planet, Entertainment Impact dan Live Nation, akan bermula pada 15 Januari (Rabu) jam 12 tengah hari. Tiket-tiketbboleh dibeli samada secara atas talian di atau secara walk-in di mana-mana pusat jualan yang terpilih. Harga tiket adalah seperti berikut RM788 (Rock zone), RM688 (Cat 1), RM588 (Cat 2), RM468 (Cat 3), RM358 (Cat 4) dan RM238 (Cat 5) tidak termasuk cas pemprosesan sebanyak.

Dapatkan pelbagai tawaran menarik dengan mendaftar sebagai ahli Star Planet! Peminat yang telah menyertai ahli Star Planet sebelum tiket dibeli akan mendapat ganjaran sebanyak 1x point untuk setiap RM 1 untuk pembelian tiket. Point ganjaran boleh ditebus dengan barangan edisi terhad dan tertakluk kepada terma.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan tiket, boleh hubungi pihak berkaitan ditalian seperti berikut; Star Planet +603-9223 3667 / Myticket Asia +603-8605 0195 atau layari www.starplanet.com.my , FB StarPlanet Malaysia dan IG Starplanet Malaysia. 

loading...