Walaupun berlumuran dengan cat, Jeongyeon TWICE tetap kelihatan cantik di depan netizen

Jeongyeon berkongsikan beberapa foto kenangannya bersama rakan-rakan TWICE lain menerusi akaun rasmi Twicetagram. Salah satunya ialah gambarnya berlumuran dengan cat mendapat perhatian netizen. Jeongyeon tetap kelihatan cantik dengan rambut kuning berbaur warna-warni cat, lebih-lebih lagi dengan matanya yang menikam hati netizen. Dalam perspektif netizen lain pula, gambar-gambar yang dikongsikan tersebut seolah-olah mengunjurkan maksud tersirat disebalik…

Read More

TWICE tewaskan Baekhyun EXO, VICTON, NCT Dream & NCT 127 raih album terlaris minggu ini

Berikutan momentum yang dibina sejak seminggu yang lalu, TWICE kembali semula mendominasi pasaran muzik Korea menerusi album terbarunya, More & More. Album ‘More & More‘ memperolehi jualan sebanyak 332,416 unit di dalam seminggu menurut Hanteo, sekaligus mengenepikan Baekhyun EXO, VICTON, NCT Dream dan NCT 127 yang masing-masing berada di kedudukan no.2,no.3, no.4 dan no.5 di…

Read More

Akui dirujuk ke hospital, Jeongyeon enggan tayang persembahan kurang sempurna untuk tontonan peminat TWICE

Persoalan Mnet dan SBS tidak memuatnaik video tarian peribadi Jeongyeon (“fancams”) akhirnya terjawab juga. Jeongyeon TWICE mengakui keputusan syarikat tidak memuatnaik video fancam-nya itu adalah atas permintaannya sendiri. “Ketika saya sedang menjalani penggambaran muzik video More&More, saya terasa kebas di seluruh badan sehingga ke telinga. Maka, saya rasa lebih baik merujuk ke hospital walaupun sebelum…

Read More

Data Hanteo buktikan album terbaru TWICE hanya raih 332,416 seminggu saja di Korea, bukan 500,000 seperti diwar-warkan sebelum ini

Data Hanteo telah membuktikan jualan album terbaru TWICE, ‘More&More’ hanya mampu meraih sebanyak 332,416 unit seminggu saja di Korea bercanggah dengan kenyataan bahawa album kumpulan itu sudah mencapai jualan melebihi 500,000 unit seperti yang dimaklumkan oleh JYP tempoh hari. Dengan jualan sebanyak ini, TWICE masih belum memintas rekod album ‘Bloom*IZ’ oleh IZ*One yang berjaya memungut…

Read More

Video Kang Daniel disimbahi sinaran lembayung senja ketika ‘comeback’ terbaru TWICE, cetus tanda tanya netizen

Kang Daniel membuat hantaran baru di instagram-nya beberapa minit selepas pelancaran album terbaru TWICE. Walaupun video dan gambar berlatarkan mentari senja itu tidak ditujukan buat sesiapa, segelintir peminat menganggap ianya sebagai reaksi kepada video klip TWICE ‘More&More’ yang berkonsepkan alam semulajadi. Umum diketahui, Kang Daniel dan Jihyo TWICE sedang menjalinkan hubungan cinta. Namun mereka jarang…

Read More

TWICE kembali gegarkan industri muzik dengan tarian rimba ‘More&More’ yang mengasyikkan

TWICE akhirnya melancarkan single utama serentak dengan pengeluaran album mini ke-9, ‘More&More’ sebagai hadiah buat peminatnya. Kali terakhir TWICE mengeluarkan album adalah pada sembilan bulan yang lalu, dengan single ‘Feel Special’ telah dilancarkan. Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda Korea saat ini, TWICE terpaksa membatalkan konsert TWICELIGHTS yang dijadualkan pada Mac lalu di Seoul dan juga…

Read More

TWICE sudah terjual lebih 500,000 unit, bakal pintas rekod album terlaris tahun 2020 yang pernah disandang oleh IZ*One

Pelancaran album mini ke-9 oleh TWICE tanggal 1 Jun 2020 ini sememangnya sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat mereka. Single terbaru, ‘More N More’ bakal dikeluarkan serentak dengan album dengan judul yang sama. Pengumuman tersebut dibuat Jihyo, ketua kumpulan itu di dalam sidang media filem biografi ‘TWICE : Seize The Light’ pada 29 April 2020…

Read More

Kumpulan manakah bakal bergelar ratu Kpop di Korea untuk bulan Jun mendatang? TWICE, Blackpink & IZ*One bersedia dengan ‘comeback’ terbaru

TWICE, Blackpink dan IZ*One akan mengeluarkan album terbaru mereka depan secara berselang-seli mulai bulan Jun 2020 depan. Menurut laman kelab peminat WIz*One, Iz*One akan mengeluarkan album ketiga mereka selepas Bloom*Iz pada 15 Jun 2020 dan telah pula menyiapkan video muzik single utama album tersebut pada hari kelmarin. Berita baik itu disambut oleh ramai peminat memandangkan…

Read More

Nayeon TWICE mohon digugurkan perintah mahkamah dibuat ke atas sasaeng ini

JYP Entertainment terpaksa menggugurkan perintah mahkamah dibuat ke atas sasaeng setelah diminta oleh anak buahnya, Nayeon. Perintah mahkamah tersebut bertujuan untuk menjauhkan Nayeon dengan sasaeng itu. “Kami terpaksa menggugurkannya disebabkan ada masalah dengan penyampaiannya. Tetapi, kami tetap akan meneruskannya lagi jika sasaeng itu datang balik ke Korea,” kata jurucakap JYP Entertainment. Sasaeng tersebut merujuk kepada…

Read More

Lagi acara melibatkan selebriti Korea ditunda dan dibatalkan diseluruh Asia ekoran coronavirus

Nampaknya coronavirus kini mendapat perhatian serius dari masyarakat di Asia. Masing-masing cuba melakukan sebaik mungkin demi melindungi keselamatan kesihatan orang-orang disekeliling mereka. Disebabkan itu beberapa lagi acara selebriti Korea dibatalkan serta ditunda di dalam Korea dan diseluruh Asia. Sebelum ini, Taeyeon, NCT Dream, Jeon So Min, Kang Sung Hoon, Super Junior telah mengambil tindakan segera…

Read More