Dakwaan Chaeyoung TWICE bercinta dengan pereka tatu tak sekufu dengannya, JYP tak mahu mengulas lanjut

JYP Entertainment mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut tentang khabar angin bertebaran di media sosial mengatakan Chaeyoung (atau nama sebenarnya Son Chae Young) TWICE sedang berpacaran dengan pereka tatu Chimhwasa (atau nama sebenarnya Jung Sung Hyun).

Ia berikutan pendedahan seorang netizen menunjukkan Chaeyoung sedang keluar membeli barang di kedai runcit bersama-sama dengan seorang lelaki yang disebut-sebut sebagai pereka tatu Chimhwasa. Chaeyoung dilihat memakai topi yang sama ketika mengunjungi MBC Radio Star baru-baru ini dan beberapa saksi juga tampil mensahihkan kehadiran mereka di situ.

Selain itu, Chayoung dikatakan memakai cincin dan mengenakan rantai, menadakan dia kini sedang dilamun cinta. Akibatnya, netizen bertindak menyerbu laman instagram Chimhwasa sehingga mendorongnya untuk memaki hamun terhadap deretan mesej yang diterimanya sepanjang hari.

Kemarahan peminat bertambah meluap-luap apabila seorang netizen memaklumkan dia menerima ugutan daripada Chimhwasa yang akan mendedahkan video Chaeyoung tengah terhuyung-hayang kerana kemabukan sekiranya netizen tidak berhenti ‘menyerangnya’. Malah, gambar karikatur bogel yang dimuatnaik di dalam instagram-nya didakwa oleh netizen merujuk kepada alur tubuh Chaeyoung juga menyebabkan peminat tidak boleh pandang sebelah mata mengenainya lagi.  Sebilangan peminat tidak bersetuju Chaeyoung bercinta dengan lelaki yang tidak sekufu dengannya, baik dari paras rupanya yang tidak menawan, perbezaan usia yang agak jauh mahupun perangainya yang dianggap sebagai biadap.

Kewajaran Chaeyoung dikatakan bercinta dengan lelaki pilihan hatinya masih diperdebatkan dan segelintir peminat seolah-olah tidak boleh menerimanya. Lantaran asyik diganggu secara berterusan oleh peminat Chaeyoung daripada kalangan ONCE, Chimhwasa dilihat telah menyahaktifkan laman instagram-nya mungkin untuk sementara waktu.

Sumber: newsen

loading...