Raih no.1 carta single Oricon sebanyak 4 kali, TWICE terpahat kumpulan kpop wanita pertama berjaya berbuat demikian di Jepun

Image may contain: 9 people, people standing

TWICE kembali melakarkan sejarah menjadi satu-satunya kumpulan kpop wanita berjaya meraih kedudukan no.1 di dalam carta mingguan single Oricon sebanyak 4 kali, kali ini menerusi single Fanfare yang dilancarkan hampir sebulan yang lalu.

Fanfare mendaki perlahan-lahan carta mingguan single Oricon sejak minggu pertama pelancarannya sebelum menjuarai carta berkenaan pada minggu ke-4, sekaligus tercatat sebagai single paling laris di Jepun pada minggu ini. Menurut data Oricon, TWICE telah berjaya menjual sebanyak 208,778 unit pada minggu ini dengan purata mata sebanyak 177,000. Kejayaan single Fanfare juga senada dengan album ‘More & More’ dalam bahasa Korea sepenuhnya yang meraih no.1 di dalam carta minggu album Oricon sebelum ini, meletakkan rekod mereka sebaris dengan Mariah Carey untuk jualan album artis perempuan luar negara yang paling banyak meraih no.1 di Jepun. Terdahulu, artis wanita Korea paling terakhir mencapai kedudukan no.1 samada single atau album terbanyak sekali sebelum rekod itu dipecahkan TWICE ialah BoA.

Fanfare juga merupakan single keempat TWICE sejak “Wake Me Up” (2018) yang berjaya berbuat demikian. Lagu-lagu lain dendangan TWICE yang pernah menjuarai carta single Oricon termasuklah “One More Time” (2017) dan “Candy Pop” (2018). Ia menjadikan mereka kumpulan kpop ketiga dengan jumlah terbanyak sekali meraih no.1 carta single Oricon selepas BTS (5 kali) dan TVXQ/Tohoshinki (13 kali).

Sumber: joins, newsis

loading...