Selepas Bitto, Kogyeol UP10tion pula dijangkiti virus Covid-19
Kogyeol diumumkan sebagai ahli UP10tion kedua didapati positif Covid-19. Jurucakap TOP Media mengesahkannya menerusi ujian Covid-19 sebentar tadi. “Keputusan ujian menunjukkan Kogyeol telah dijangkiti manakala ahli-ahli lain seperti Kuhn, Gyujin, Hwanhee, Sunyul, dan Xiao adalah negatif. Oleh itu, mana-mana krew, pengurus dan ahli-ahli yang mempunyai kontak rapat kena jalani kuarantin selama 2 minggu,” kata jurucakap…