Song Mino dan Kang Seung Yoon WINNER bergandingan bintangi rancangan pengembaraan terbaru

Image may contain: 2 people, people standing

Song Mino dan Kang Seung Yoon akan digandingkan bersama untuk satu rancangan realiti mereka sendiri.

Menurut YG Entertainment, rancangan realiti terbaru gandingan dua anggota WINNER ini diberi tajuk “WINNER Vacation – Bell Boys”. Rancangan ini akan mula bersiaran pada 4 Januari 2021 secara streaming menerusi aplikasi KT Seezn untuk lapan episode. Rancangan realiti ini adalah kali yang kedua dalam tempoh dua tahun selepas rancangan reali pertama kumpulan ini iaitu “WINNER Vacation – Hoony Tour” yang memaparkan perjalanan mereka di sekitar Pulau Jeju. Rancangan tersebut turut menggunapakai aplikasi yang sama untuk peminat menonton.

Menerusi “WINNER Vacation – Bell Boys,” peminat boleh melihat keserasian di antara Song Mino dan Kang Seung Yoon. Biarpun keduanya hampir sebaya, namun mereka mempunyai personaliti serta citarasa yang berbeza. Apakah memori yang bakal mereka cipta bersama sepanjang perjalanan rancangan kali ini. Katanya, Kang Seung Yoon dikatakan telah bekerja keras untuk mengambil foto kenang-kenangan Song Mino disepanjang perjalanan mereka, dan khabarnya dia turut menitiskan air mata ketika perjalanan mereka mengahampiri penamatnya.

“WINNER Vacation – Bell Boys” akan memulakan episodenya pada 4 Januari depan pada jam 6 PM KST dan episode baru akan ditayangankan setiap Isnin dan Selasa.

Buat peminat kumpulan WINNER atau Inner Circle khususnya, jangan ketinggalan untuk menonton rancangan ini. Terbaru, Kang Seung Yoon membintangi drama MBC “Kairos” yang baru sahaja berakhir dan turut merakamkan runut bunyi drama berkenaan dengan judul “Can You Hear Me.” Song Mino pula, telah meriliskan album solo keduanya “Run Away” pada Oktober lepas. Manakala, dua lagi anggota WINNER iaitu Kim Jin Woo dan Lee Seung Hoon sedang menjalani khidmat tentera masing-masing.

Sumber : OSEN

loading...