Jaehyun Golden Child positif Covid-19

Image may contain: 1 person, closeup

Jaehyun daripada kumpulan kpop, Golden Child telah dijangkiti Covid-19.

Agensinya, Woolim Entertainment, mengeluarkan kenyataan mengesahkan berita itu hari ini, 17 Disember 2020.

“Boo Jaehyun menjalani ujian Covid-19 pada petang 16 Disember 2020 dan keputusannya didapati positif pada awal pagi tadi. Jaehyun tidak terbabit dalam aktiviti luar melainkan penggambaran ditetapkan oleh agensi. Mana-mana staf yang pernah bersemuka dengannya akan menjalani ujian sebagai langkah berjaga-jaga,” kata jurucakap agensi itu.

Jaehyun akan menjalani kuarantin seperti diarahkan manakala penyahkumanan akan dibuat di asrama yang didiaminya ketika ini.

Jaehyun antara artis-artis idol yang disahkan telah dijangkiti virus berkenaan pada tahun ini berturut-turut dalam tempoh sebulan selepas Chungha, Lee Chae Won, Xiao, Bitto dan Kogyeol daripada UP10tion serta Yiren dan Siyeon daripada EVERGLOW.

Sumber: donga

loading...