Siapa Idol Kpop lagi yang dapat layanan double standard dari Universiti Kyung Hee?

Universiti Kyung Hee sekali lagi didakwa memberi layanan yang istimewa serta mencurigakan terhadap bintang KPOP.

Pada 6 Februari, SBS News melaporkan terdapat kecurigaan berkaitan dengan seorang ahli kumpulan KPOP popular yang tidak dikenali (selepas ini dirujuk sebagai B) yang menerima ijazah sarjananya dari Kyung Hee University selepas mengemukakan sebuah video dengan prestasi yang kurang memuaskan sebagai ganti penyediaan tesis.

B menerima Ijazah Sarjana dalam Gunaan Muzik dari Universiti Kyung Hee tahun lepas, selepas beliau menghantar sebuah video di mana ianya hanya video mereka menyanyi serta busking pada Mei lepas.

Berdasarkan penemuan mereka, SBS News melaporkan bahawa peraturan universiti membenarkan pelajar menggantikan tesis siswazah dengan prestasi solo. Persembahan mesti dengan iringan muzik, dan diperuntukan lebih dari satu jam untuk dipersembahkan. Disebabkan garis panduan yang ketat dan dan kos perbelanjaan yang tinggi, hanya tiga atau empat orang yang berjaya menamatkan pengajian melalui kaedah ini. Seorang graduan universiti berkata, “Apa yang saya ingat, mereka sangat memilih dan tegas. Persembahan yang disediakan perlulah sempurna tanpa sebarang cela. Dengan Busking ianya tidak mencukupi”.

Walau bagaimanapun, B telah melakukan persembahannya sendiri hanya selama 30 minit, dan telah  mendapat kelulusan penilaian dari Professor yang terlibat.  Kedua-dua video dan prestasi  persembahan mereka mempunyai kualiti yang jauh lebih rendah daripada persembahan graduan yang lain.

B juga turut melakukan persembahan di Outdoor Theater  Universiti Kyung Hee, dimana beliau perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Ia biasanya dilakukan untuk acara serta majlis kelolaan universiti, kerana ia boleh memuatkan lebih daripada 8,000 pelajar. Walau bagaimanapun, ternyata B mungkin tidak mempunyai kebenaran untuk menggunakan tempat itu, kerana sumber dari pihak universiti menyatakan, “Tidak ada  sebarang apa-apa rekod persembahan yang telah dilakukan. Kami mencari [jadual] tahun lepas bukan hanya pada bulan Mei, tetapi dari April hingga Ogos. “Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan pelajar menggunakan tempat itu untuk sebarang acara atau persembahan peribadi.

Profesor yang menilai prestasi B juga telah diragui. Seorang ketua fakulti menyatakan, “Saya juga baru- mengetahui bahawa professor tersebut bertanggungjawab terhadap penilaian itu. Saya tidak ingat secara tepat, jadi kita perlu mengesahkannya terlebih dahulu dengan jabatan tersebut  jika mereka masih mempunyai video berkenaan. “

Pihak polis sedang menyiasat bagaimana B menerima ijazah sarjana setelah menerima laporan mengenai kes  itu. Universiti Kyung Hee baru-baru ini menjalani siasatan berhubung dengan kemasukan Jung Yong Hwa ke universiti mereka. Sebagai tindak balas kepada laporan terkini ini, pihak universiti telah menyatakan, “Kami sedang meneliti perkara ini. Jika apa yang telah dilaporkan dinyatakan benar, kami akan membuat keputusan berdasarkan peraturan universiti. Oleh kerana itu, pihak kami memerlukan sedikit masa untuk melihat semula perkara itu. “

sumber : SBSnews | naver

loading...