Kentaro Sakaguchi bintangi drama Signal Versi Remake Jepun

Berita baik buat peminat drama Signal. Drama popular tvN ini bakal remake dalam versi Jepun.

Menurut sumber dari Studio Dragon, “Berikutan perjanjian dengan syarikat produksi drama A Story, hak cipta untuk  remake drama Signal telah dijual kepada Kansai TV.”

Remake drama Signal versi Jepun akan diterbitkan oleh Kansai TV dan ianya akan mula ditayangkan di Fuji TV pada bulan April. Pelakon utama drama ini, Kentaro Sakaguchi telah mengesahkan membintangi drama remake ini. Beliau akan memegang watak penyiasat jenayah Park Hae Young yang dilakonkan oleh Lee Je Hoon dalam versi asal.

Kentaro Sakaguchi
Kentaro Sakaguchi

Drama Signal keluaran tvN ini telah disiarkan pertama kali menerusi dua episode khas pada September 2016. Bagaimanapun, drama ini telah ditayang keseluruhan episode pada Oktober 2016. Drama ini mengiksahkani seorang detektif veteran ditahun 1989 yang berkomunikasi dengan seorang criminal profiler pada tahun 2015 melalui radio dua hala dan akhirnya menyelesaikan jenayah bersama-sama.

Baca juga : Koleksi artikel Signal KMania

sumber : news.nate

loading...