Kugiran rock Korea Selatan, The Rose, bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert yang dinanti-nantikan, ROSETOPIA ASIA TOUR 2026 IN KUALA LUMPUR, yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2026 (Ahad) di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini bakal menemukan semula The Rose dengan BLACK ROSE Malaysia dalam satu malam istimewa bagi meraikan sembilan tahun perjalanan muzik serta kenangan yang telah dicipta bersama.
Bersempena ulang tahun ke-9 penubuhan kumpulan itu, The Rose memulakan ROSETOPIA Tour sambil memperkenalkan single utama terbaharu mereka, “Blue Moon”, serta lagu judul “Utopia”, yang dilancarkan lebih awal sebelum album baharu mereka, ROSE. Album ini menjadi simbol perjalanan muzik mereka sepanjang sembilan tahun, selain menghargai hubungan istimewa yang telah terjalin bersama peminat di seluruh dunia.
Dianggotai oleh Woosung, Dojoon, Hajoon dan Taegyeom, The Rose telah mengukuhkan kedudukan sebagai antara kugiran rock Korea paling dikenali di peringkat antarabangsa sejak kejayaan lagu “Sorry”, yang turut disenaraikan oleh Billboard sebagai salah satu lagu K-pop terbaik tahun 2017.
Terkenal dengan persembahan pentas yang penuh bertenaga, The Rose turut mencipta sejarah sebagai kumpulan muzik Korea pertama yang membuat persembahan di pentas Outdoor Theatre di festival Coachella. Selain itu, mereka juga pernah menghiburkan peminat di pelbagai festival muzik bertaraf dunia seperti Montreux Jazz Festival dan Lollapalooza di Amerika Syarikat, Sweden, Chile, Argentina, Brazil serta India, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai antara kugiran rock Korea yang mendapat perhatian di pentas antarabangsa.
Selepas bertemu peminat Malaysia sebelum ini, kepulangan The Rose ke Kuala Lumpur pastinya menjadi detik yang amat dinanti-nantikan oleh BLACK ROSE Malaysia. Tiket untuk ROSETOPIA ASIA TOUR 2026 IN KUALA LUMPUR akan mula dijual pada 28 Julai 2026 (Selasa), jam 12.00 tengah hari (MYT) menerusi my.bookmyshow.com.

Konsert ROSETOPIA ASIA TOUR 2026 IN KUALA LUMPUR akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)
Masa: 8.00 malam (MYT)
Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Harga tiket adalah seperti berikut:
- DIAMOND – RM968
- GOLD – RM888
- SILVER – RM798
- CAT 1 – RM738
- CAT 2 – RM638
- CAT 3 – RM538
- CAT 4 – RM438
- CAT 5 – RM388
Semua tempat duduk adalah bernombor dan harga tiket tidak termasuk yuran tempahan.

Bagi peminat yang ingin menikmati pengalaman lebih eksklusif, pakej VIP turut ditawarkan mengikut kategori tiket:
- DIAMOND – Soundcheck, Group Photo (4:20) dan Poster Bertandatangan
- GOLD – Soundcheck dan Group Photo (4:20)
- SILVER – Soundcheck
ROSETOPIA ASIA TOUR 2026 IN KUALA LUMPUR dibawakan khas oleh CK Star Entertainment.


