EXO-L kini mempunyai peluang istimewa untuk menyaksikan EXO secara langsung di EXO PLANET #6 EXhOrizon di Kuala Lumpur menerusi peraduan eksklusif oleh Shopee.
Sebagai platform rasmi, Shopee menawarkan peluang kepada peminat untuk memenangi tiket konsert serta koleksi eksklusif edisi terhad.
Cheryl Ang, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Kemunculan semula EXO selepas tujuh tahun sememangnya detik yang dinantikan ramai peminat di Malaysia. Menerusi peraduan ini, pelanggan Shopee VIP berpeluang menyaksikan konsert secara langsung serta membawa pulang koleksi eksklusif.
“Di Shopee, kami sentiasa komited untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi dengan mendekatkan para peminat kepada artis dan momen yang mereka gemari,” katanya.
Langgan Shopee VIP dan Menangi Tiket Konsert EXO serta Koleksi Eksklusif

Pelanggan Shopee VIP berpeluang memenangi hadiah eksklusif dengan melengkapkan tugasan harian di Shopee Mission untuk mengumpul “Golden Tickets” serta menghantar penyertaan kreatif bermula 26 Mei hingga 6 Jun 2026.
Cara penyertaan:
• Peserta mestilah pelanggan Shopee VIP. Pengguna yang belum melanggan boleh mendaftar untuk menyertai giveaway ini.
• Hantar penyertaan kreatif mengenai sebab anda ingin menghadiri konsert EXO dan bagaimana Shopee VIP menjadikan pengalaman itu lebih istimewa.
• Lengkapkan tugasan harian di Shopee Mission untuk mengumpul mata dan menebus “Golden Tickets”.
• Kumpulkan sekurang-kurangnya satu (1) Golden Ticket untuk layak menyertai peraduan. Lebih banyak “Golden Tickets” dikumpul, lebih tinggi peluang untuk menang.
Pemenang akan diumumkan melalui aplikasi Shopee, notifikasi push, e-mel atau media sosial pada 10 Jun, menjelang konsert EXO pada 20 Jun di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Nikmati Ganjaran Lebih Berbaloi Sempena 6.6
Pengguna juga boleh menikmati pelbagai tawaran menarik sempena Shopee 6.6 Jualan Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini termasuk penghantaran segera dan penghantaran pada hari sama di seluruh negara, Penghantaran Percuma Harian Tanpa Perbelanjaan Minimum serta diskaun sehingga 50% menerusi Shopee Lagi Murah Jualan Kilat. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan peraduan menarik, layari di sini.


