PURPLE KISS Akan Dibubarkan Secara Rasmi pada November Ini

Aktiviti kumpulan PURPLE KISS bakal sampai ke penghujungnya.

Pada 4 Ogos, agensi RBW telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kumpulan PURPLE KISS, yang mula debut pada tahun 2021, akan dibubarkan pada bulan November. Khmpulan ini dianggotai oleh 6 ahli iaitu Na Go-eun, Dosie, Ireh, Yuki, Chaein dan Swan. 

Kenyataan penuh daripada pihak agensi adalah seperti berikut:

Hello, ini adalah RBW.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua PLORY atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap PURPLE KISS.

Kami ingin memaklumkan pendirian rasmi kami berkenaan aktiviti kumpulan PURPLE KISS dan perancangan masa depan mereka. Di atas segalanya, kami memohon maaf atas berita mendadak ini.

Pada bulan November ini, PURPLE KISS akan menamatkan aktiviti kumpulan mereka.

Disebabkan rasa sayang yang mendalam setiap ahli terhadap kumpulan ini, kami telah mengadakan perbincangan panjang dan menyeluruh mengenai arah tuju mereka. Akhirnya, keputusan ini dicapai berdasarkan rasa hormat dan sokongan terhadap impian individu setiap ahli.

Walaupun aktiviti kumpulan akan berakhir, semua promosi yang telah dijadualkan akan diteruskan seperti biasa sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kasih sayang anda. Dalam masa yang masih berbaki, PURPLE KISS akan bertemu PLORY melalui pelancaran album bahasa Inggeris pada penghujung Ogos, diikuti dengan promosi di Jepun, jelajah di A.S., serta konsert di Korea.

RBW amat menghargai detik-detik yang dikongsi bersama PURPLE KISS dan ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada enam orang ahli yang telah menjadikan PURPLE KISS bersinar. Walaupun melalui hari-hari penuh cabaran dan kekurangan, setiap detik itu tetap bermakna dan bersinar kerana semangat yang ditunjukkan oleh para ahli serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada PLORY yang sentiasa bersama mereka.

Sekali lagi, kami ucapkan terima kasih kepada semua PLORY kerana mencintai PURPLE KISS dengan penuh kehangatan.

Terima kasih.

🌸 Segala yang terbaik buat semua ahli PURPLE KISS!

Sumber : 1