KAI bakal membawa konsert jelajah solo 2025 ke Malaysia menerusi 2025 KAI SOLO CONCERT TOUR IN KUALA LUMPUR! Konsert ini akan berlangsung pada 24 Mei 2025 (Sabtu), jam 7:30 malam di Mega Star Arena, menjanjikan malam penuh dengan persembahan bertenaga, koreografi ikonik, dan kehadiran pentas yang memukau.
Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama selepas Korea, menjadikan acara ini satu peluang istimewa buat peminat yang tidak sabar menyaksikan perjalanan solo KAI secara langsung! Daripada getaran sensual Mmmh hingga ke suasana dreamy Peaches, hayati pesona KAI dalam dimensi yang berbeza!
Sebagai ikon global dan ahli EXO, KAI dikenali dengan kemahiran tarian luar biasa, muzik yang unik, dan karisma yang menawan. Sejak debut solo pada 2020, beliau telah mengeluarkan album hit seperti KAI (开) (2020), Peaches (2021), dan Rover (2023), yang menjadikannya salah satu penghibur K-pop terbaik di peringkat antarabangsa.
Berikut adalah butiran jualan tiket untuk konsert ini:
📌 Pendaftaran Pre-Sale EXO-L Membership (GL):
🗓 19 Mac 2025 (Rabu), 1:00 PM – 21 Mac 2025 (Jumaat), 1:00 PM melalui Weverse
📌 Pre-Sale EXO-L Membership (GL):
🗓 7 April 2025 (Isnin), 10:00 AM melalui my.bookmyshow.com
📌 Jualan Tiket Umum:
🗓 8 April 2025 (Selasa), 10:00 AM melalui my.bookmyshow.com
Harga tiket (tidak termasuk yuran tempahan) serta manfaat peminat adalah seperti berikut:
💎 VIP: RM888 (Tempat Duduk)
🎫 CAT 1: RM688 (Tempat Duduk)
🎫 CAT 2: RM538 (Tempat Duduk)
🎫 CAT 3: RM388 (Tempat Duduk)
🎫 CAT 4: RM288 (Tempat Duduk)
Detik istimewa dalam perjalanan solo KAI ini pasti menjadi pengalaman yang tidak mahu dilepaskan oleh peminat! Ikuti perkembangan terkini dan bersedia untuk malam yang tidak akan dilupakan bersama KAION di Kuala Lumpur!
Untuk maklumat lanjut, ikuti CK Star Entertainment Malaysia di media sosial atau layari Instagram rasmi @ckstar.my.