NCT Dream akan kembali ke Malaysia untuk siri jelajah konsert “THE DREAM SHOW 2” Mei ini

15 Februari 2023 – Peminat K-pop Malaysia khususnya NCTzen, bersiap sedia untuk melihat dan dilihat oleh idola K-pop kegemaran anda, NCT Dream!

Kumpulan idola K-pop, NCT Dream telah menambah tarikh dan bandar baharu untuk Siri Jelajah Dunia “THE DREAM SHOW 2”, dan Malaysia secara rasminya berada dalam senarai tersebut! Kumpulan itu akan membuat persembahan di Kuala Lumpur selama satu malam pada hari Sabtu, 20 Mei.

NCT DREAM memulakan Siri Jelajah Dunia ke-2 mereka, “THE DREAM SHOW 2 di Stadium Olimpik Seoul musim gugur lalu dan telah singgah ke Nagoya, Yokohama serta Fukuoka pada tahun yang sama.

Berikutan pengumuman terbaru mereka untuk mengunjungi Osaka, Jakarta, Bangkok dan Hong Kong, kumpulan itu turut mengeluarkan lebih banyak tarikh lawatan pada hari ini termasuk London, Paris, Berlin, Newark, Chicago, Atlanta, Houston, Boston, Dallas, Los Angeles, Seattle, Manila, Singapura , Macau dan Kuala Lumpur, sekaligus menjadikan 22 bandar raya untuk Siri Jelajah Dunia ke-2 mereka. SM mendedahkan bahawa lebih banyak rancangan akan ditambah untuk separuh kedua tahun ini.

NCT DREAM dianggotai 7 ahli termasuk Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle dan Jisung. Ia adalah kumpulan lelaki Korea Selatan yang ditubuhkan oleh SM Entertainment, sebuah label yang mewakili SUPER JUNIOR dan juga EXO. NCT Dream mendapat perhatian ramai dan dikenali secara meluas melalui lagu-lagu hits mereka seperti “Hot Sauce”, “Beatbox”, “Hello Future”, dan banyak lagi.

Butiran lanjut tentang NCT DREAM: THE DREAM SHOW 2 – Kuala Lumpur 2023 akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sila nantikan di www.starplanet.com.my untuk maklumat terkini.