“Tidak benar sama sekali Mingyu buli budak OKU” – Pledis sahihkan selepas pertemuan bersama ibu mangsa

May be a closeup of 1 person

Pledis Ent. mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyangkal segala tuduhan buli yang dilemparkan ke atas Mingyu SEVENTEEN.

“Kenyataan kami terpaksa ditangguhkan kerana kami perlu menyemak kesahihan tuduhan buli itu setiap satu-persatu. Seperti kami tegaskan sebelum ini, kami guna bermacam-macam cara untuk menghubungi mangsa dan mencari kebenaran, malah menghubungi pihak berkait seperti bekas rakan-rakan sekolahnya,” kata jurucakap agensi itu.

“Kenyataan yang mengatakan Mingyu membuli budak OKU itu adalah palsu semata-mata. Mingyu kenal benar siapa mangsa (budak OKU), maka selepas siasatan, kami dapat berjumpa dengan ibunya. Ibunya mengesahkan Mingyu dan anaknya adalah sama-sama rakan sekolas, malah ibunya juga dapat mengingati nama pembuli sebenar. Rakan sekelas Mingyu (budak OKU) itu bergaul baik dengan masyarakat dan dia pun tidak mahu kisah silamnya diceritakan,” tambah agensi itu menafikan sekeras-kerasnya Mingyu pernah membuli budak OKU.

Pledis turut memaklumkan bahawa mereka tengah menyemak kesahihan tuduhan buli seperti gurauan seksual yang didakwa pernah dilakukan oleh Mingyu, tetapi sukar untuk berbuat demikian kerana mangsa tidak mahu dihubungi.

“Mingyu berasa bersalah terhadap peminatnya. Maka, dia terpaksa ambil cuti berehat daripada segala aktiviti seni sehingga kebenaran dapat terungkai. Kami memohon maaf kepada yang begitu bimbang dengannya,” kata jurucakap itu lagi.

Selain Mingyu SEVENTEEN, Hyunjin Stray Kids juga terpaksa berehat daripada segala aktiviti seni buat sementara bagi membersihkan nama mereka yang tercalar akibat tuduhan buli tersebut.

Sumber: twitter

loading...