Persembahan Red Velvet DI “Psycho“, “Bad Boy“, and “Umpah Umpah” di 2020 Gangnam Festival dilaporkan telah dibuang sepenuhnya daripada video siaran langsung konsert berkenaan pada 2 November 2020 semalam.
Konsert tersebut direkodkan pada 18 Oktober 2020, namun kemunculan Red Velvet di dalam video berkenaan dipadamkan di dalam video yang dimuatnaik oleh SBS itu. Bagaimanapun, SBS menafikan dakwaan tersebut sebaliknya tindakan itu sengaja dilakukan bagi memuatnaik video baru yang diubahsuai kelak.
Jurucakap SBS dilaporkan berkata, “Apabila cuba penuhi jadual , persembahan Red Velvet diletakkan di senarai akhir telah diubahsuai. Kami harap anda bersabar dengan hasil pengubahsuaian kami nanti.”
Walaupun Irene sudah memohon maaf secara terbuka dan menyelesaikan permasalahnnya dengan Kang Kook Hwa, editor majalah tersohor, namun netizen seakan-akan tidak melepaskan amarah mereka kepada penyanyi itu berikutan kepandaian penyanyi itu menyembunyikan perangai sebenarnya di depan mereka.