G-Dragon bersedia untuk keluarkan album solo dalam masa terdekat

G-Dragon akan membuat comeback semula dalam masa terdekat, lapor OSEN.

YG Entertainment, agensinya, mengesahkan bahawa GDragon sedang bekerja untuk menyiapkan lagu terbaru.

Kali terakhir mengeluarkan album solo adalah pada tahun 2017 menerusi Kwon Ji Yong yang dikeluarkan dalam bentuk USB. Kwon Ji Yong diiktiraf sebagai antara album solo terlaris sepanjang dekad yang pernah dikeluarkan mana-mana penyanyi di Korea.

Baca lagi: 7 penyanyi lelaki Kpop ini berjaya cipta rekod jualan album solo terbaik sepanjang dekad di Korea

Melalui BIGBANG pula, GDragon terlibat dalam menggubah lagu “Flower Road” yang dikeluarkan sebagai single terakhir kumpulan itu pada tahun 2018 sebelum masing-masing dikerahkan untuk menyertai latihan ketenteraan. Namun, tempias skandal Burning Sun telah menghimpit populariti BIGBANG apabila salah seorang ahlinya, Seungri bertindak keluar daripadanya. BIGBANG dijadualkan untuk membuat persembahan di Coachella pada April tahun 2020 ini, namun dibatalkan saat-saat akhir kerana gejala pandemik Covid-19.

Sumber: OSEN

loading...