Liu Yifei yang merupakan pelakon filem Disney terbaru, ‘Mulan’ telah mengambil tindakan drastik untuk menyatakan sokongan penuh terhadap polisi kerajaan komunis China, ‘Satu China’, sekaligus mempertahankan tindakan keras polis ke atas penunjuk perasaan di Hong Kong.
Menurut laporan daripada Variety dan weibo, aktress itu telah berkongsi satu kenyataan berbentuk propaganda bagi menjustifikasikan tindakan polis untuk membenam terus demonstrasi awam yang dilakukan secara besar-besaran oleh penunjuk perasaan di Hong Kong. Kenyataan aktress itu menyusuli tindakan yang serupa yang dilakukan oleh selebriti-selebriti lain juga yang berasal dari Hong Kong seperti Jackie Chan, Tony Leung dan juga Jackson Wang Got7 sehingga menerima ancaman ‘bunuh‘. Beberapa selebriti kelahiran Taiwan dan tanah besar China juga turut menyatakan sokongan serupa secara terbuka seperti Lay Zhang EXO, Lai Kuan Lin (bekas ahli Wanna One) ,Victoria f(x), The8 Seventeen dan Yuqi (G)I-DLE.
Walaubagaimanapun, tindakan aktress tersebut menimbulkan kecaman lebih serius bukan saja daripada sebilangan besar warga Hong Kong, tapi juga daripada hampir kebanyakan netizen di seluruh dunia yang rata-ratanya tidak boleh menerimanya kerana aspirasi watak ‘Mulan’ yang dilakonkan Liu Yifei itu adalah untuk menentang kekejaman, yakni bercanggah dengan apa yang dilakukan oleh aktress itu. Sejurus selepas itu, tanda pagar #BoycottMulan mula tular di media sosial termasuklah di Malaysia menggesa aktress itu menarik balik kenyataannya itu atau berhadapan dengan boikot terhadap filem Disney itu apabila ditayangkan pada bulan Mac tahun hadapan.
Liu Yifei, yang juga pernah menjadi kekasih pelakon korea, Song Seung Hun, menyertai industri perfileman di China sejak berusia 10 tahun lagi. Antara hasil lakonannya yang menonjol termasuklah drama The Return of Condor Heroes bersama Huang Xiaoming, dan filem The Forbidden Kingdom yang membuatkan namanya terkenal di seluruh dunia. Pemilihan Liu Yifei sebagai pelakon utama filem versi baru ‘Mulan’ itu ditetapkan selepas produksi Disney mengadakan sesi ujibakat ke atas lebih 1000 orang.
Sumber : indiewire, chosun ilbo