Tak sampai hati tengok ayah dikecam netizen, Rue akui dialah orang yang berperangai pengotor itu

“Ya, saya mengaku memang ada kurang usaha dibuat,” kata Rue yang mengakui dialah orang yang dikatakan berperangai pengotor itu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran dibuat di laman komuniti forum, mendakwa anak lelaki kepada penyanyi idol Korea sekitar tahun 90-an, berperangai pengotor sehingga mengabaikan najis anjing.

“Rumah yang aku duduk sekarang ialah bangunan yang baru saja dijual tahun lepas, dan aku mula berpindah pada Mei tahun 2021. Paling teruk sekali selepas A memesan makanan, dia biarkan saja bekas makanan tidak tertutup di luar pintu selama beberapa hari. Akibatnya, sewaktu musim panas, makanan basi itu berbau busuk dengan lalat berterbangan. Aku pernah meletakkan notis peringatan dan juga mengadu pada pejabat pengurusan tetapi tak jalan,” tulis B, netizen yang mendakwa dirinya jiran kepada Rue.

“Bukan saja di koridor, di atap bangunan juga penuh sampah-sarap sampai longkang tersumbat bila hujan lebat. Anjing pula dibiarkan berak merata-rata. Aku dengar selain anjing, dia juga bela kucing dan rakun. Baunya boleh cakap macam berada dalam zoo. Tanda air kencing juga kelihatan di luar dan dalam lif. Aku sudah cuba hubungi dia tetapi tak berhasil kerana pihak pengurusan tidak mahu terlibat kerana privasi individu. Aku juga dengar dia dah nak keluar hujung minggu ini. Eloklah, keluar cepat-cepat,” kata B mengakhiri kalamnya.

Walaubagaimanapun, Rue atau nama sebenarnya, Park Hyun Joon menjelaskan memang ada salah faham berlaku. “Aduan pertama yang aku terima pada 14 Julai 2021 meminta aku membuang sampah daripada koridor. Aku tinggalkan pesanan kepada makcik aku untuk mengemasnya. Ya saya akui memang ada barang tak sempah dipunggah, tapi bukan semua sampah-sarap dalam gambar tertular milik aku,” katanya.

“Aduan yang sama juga diterima pada 10 Ogos 2021. Kali ini untuk aku membuang kesemua bekas makanan tak tertutup. Ketika iu, aku memang sibuk sangat dalam seminggu itu, jadi yang tinggal hanya pembantu rumah dan makcik aku saja. Memang aku terlepas pandang dan salah aku tidak menguruskannya dengan baik,” jelas Rue lagi.

Berkenaan tahi anjing dibiarkan merata-rata, Rue mengakui memang dia melakukannya. “Aku minta maaf sangat-sangat kerana tidak menjaga binatang peliharaan dengan baik. Aku mungkin terlepas pandang kerana menjaga tiga jenis binatang peliharaan dalam masa yang sama. Ya, memang anjingku pernah terberak ketika berkeliaran di atas bumbung,” ujarnya lagi yang nyata kesal kerana tidak menjaga hubungan baik dengan jirannya.

Lakonan Rue di dalam drama tvN Flower of Evil.

Rue juga menggesa netizen berhenti mengecam ayahnya, Park Kang Sung merangkap penyanyi balada popular sekitar 90-an dan pernah menyumbang suara untuk OST drama MBC My Wonderful Life. Malah, Rue sendiri juga kini aktif sebagai pelakon dan pernah membawakan watak muda Lee Jun Ki di dalam drama tvN Flower of Evil.

“Ayahku tak de kaitan langsung dengan ini. Kritikan haruslah padaku saja. Harap-harap korang berhentilah sebut nama ayahku,” sambung Rue.

Sumber: hankyung

loading...