Netflix berkongsi preview terbaru untuk drama akan datang, “If Wishes Could Kill”!
Drama ini merupakan siri seram tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang tiba-tiba mengetahui mereka bakal mati selepas terkena sumpahan daripada sebuah aplikasi misteri yang boleh menunaikan permintaan, dikenali sebagai “GIRIGO”.
Dalam usaha melarikan diri daripada sumpahan tersebut, mereka mula membongkar rahsia gelap di sebalik aplikasi itu.
Gambar yang dikongsi menunjukkan perubahan ketara dalam kehidupan lima pelajar ini — sebelum dan selepas mereka terperangkap dengan sumpahan GIRIGO. Pada awalnya, mereka hanyalah pelajar biasa yang menjalani kehidupan harian dengan ceria.
Namun segalanya berubah sekelip mata apabila mereka terkena sumpahan aplikasi tersebut. Ada yang ketakutan, ada yang cedera dan terpaksa membuat keputusan terdesak untuk terus hidup.
Jeon So Young membawakan watak Se Ah, pelari berbakat yang mula curiga dengan aplikasi GIRIGO. Walaupun berdepan bahaya, dia tetap berusaha menyelamatkan rakan-rakannya hingga ke akhir.

Kang Mina pula melakonkan Na Ri, sahabat Se Ah yang cantik dan popular. Disebabkan latar belakangnya yang kaya dan penampilan seperti idola, dia sentiasa menjadi perhatian di sekolah. Namun, dia enggan percaya tentang bahaya GIRIGO dan mula panik apabila perkara pelik mula berlaku di sekelilingnya.

Baek Sun Ho membawa watak Geon Woo, pelajar popular yang ceria dan sebenarnya teman lelaki Se Ah secara rahsia. Dia cuba melindungi Se Ah sambil mencari kebenaran tentang aplikasi misteri tersebut.

Hyun Woo Seok pula sebagai Ha Joon, “otak” kumpulan mereka yang mahir dalam teknologi. Dia cuba pelbagai cara untuk menyingkirkan GIRIGO, termasuk memadam aplikasi dan reset telefon.

Manakala Lee Hyo Je melakonkan Hyeong Wook, seorang yang suka bergurau dan rapat dengan rakan-rakannya. Dia orang pertama yang menggunakan GIRIGO, dan pada awalnya permintaannya menjadi kenyataan — sebelum dia mula berdepan ancaman maut.

“If Wishes Could Kill” dijadualkan mula ditayangkan pada 24 April.
Sumber : 1

