tvN Memories of Alhambra hanya boleh dikecapi di Netfix saja

Drama “Memories of Alhambra” gandingan Hyun Bin dan Park Shin Hye diumumkan sebagai drama korea terbaru yang akan ditayangkan di cenel Netflix saja. Memories of Alhambra bermula siarannya pada 1 Disember 2018, tapi hanya boleh disaksikan oleh penonton antarabangsa menjelang 11 Disember ini.

“Memories of Alhambra” berkisarkan cerita  seorang pemilik syarikat pelaburan terkenal, CEO Yoo Jin Woo (lakonan Hyun Bin) yang mengunjungi Granada, Sepanyol atas lapangan kerja tetapi terpalit dengan suatu kejadian misteri tak disangka-sangka sewaktu tinggal di asrama hotel yang dikendalikan oleh Jung Hee Joo (lakonan Park Shin Hye). CEO Yoo Jin Woo ialah seorang jurutera yang mempunyai ijazah kedoktoran falsafah (Phd)  yang berwawasan tinggi dan tak mudah mengaku kalah. Sesuatu kejadian tak diduga berlaku di antara kedua-duanya menyebabkan mereka terpalit sama. Tak dijelaskan apakah misteri yang bakal menggugat kehadiran mereka.  Sumber lain mengatakan bahawa drama ini akan menceritakan suatu wabak penyakit berlaku di bandar tersebut sehingga tertularnya rangkaian mayat hidup dipanggil sebagai ‘zombies’ walaupun ianya belum disahkan kebenarannya. Apapun yang pasti, penulis skrip ini sangat terkenal dengan ‘twist’ mengejutkan di awalan cerita dengan berbagai-bagai misteri, yakni Song Jae Jung, terkenal dengan naskah MBC W: The Two World dan tvN Nine: The Time Travel.

Drama ini akan diarahkan oleh PD tvN Forest of Secret, Ahn Gil Ho yang sememangnya sudah diketahui kreativitinya dalam drama berbentuk ‘thriller’. tvN Forest of Secret dicatatkan sebagai antara drama thriller terbaik pada tahun lepas sehingga mencipta kejutan meraih kemenangan dalam kategori Best Screenplay menumpaskan pesaing-pesaing daripada pemenang Drama of The Year tahun lepas, tvN Because This Is My First Life dan juga tvN Goblin.

Bagi pengguna Netflix dan akan melanggannya nanti, anda boleh tontonnya di sini.

Sumber: Netflix

loading...