Siap sedia LIGHT, kerana kumpulankegemarankorang akan kembali dengan pelbagai perkara menarik bulan ini!
Pada 9 April tengah malam (waktu Korea), HIGHLIGHT telah berkongsi jadual penuh untuk comeback mereka dengan mini album keenam berjudul “From Real to Surreal.”
Mereka akan mulakan comeback dengan lagu baru bertajuk “Endless Ending” yang akan dikeluarkan lebih awal, iaitu pada 16 April jam 6 petang (waktu Korea).
Kemudian, mereka akan lancarkan mini album penuh bersama video muzik lagu utama pada 28 April jam 6 petang (waktu Korea).
Untuk pengetahuan, comeback ini hadir selepas pelancaran mini album “Switch On” pada Mac 2024, yang menampilkan lagu utama “BODY”. Walaupun sudah lebih 14 tahun dalam industri, HIGHLIGHT terus membuktikan bahawa mereka masih lagi berbisa dengan muzik yang segar dan persembahan bertenaga.
Lihat jadual lengkap comeback HIGHLIGHT di bawah!
Korang teruja nak tengok kemunculan semula HIGHLIGHT?