SBS Sedia Hidangkan Deretan Drama Korea Menarik untuk 2025!

SBS memulakan tahun ini dengan penuh tenaga menerusi drama hit Love Scout lakonan Han Ji Min dan Lee Jun Hyuk. Drama ini telah meraih populariti dengan rating tontonan tertinggi sebanyak 14% serta 4% dalam kategori penonton dikalangan 20-49tahun.

Kini, stesen penyiaran itu telah mendedahkan senarai drama Korea menarik yang bakal menghiasi 2025.

Semak senarai drama akan datang di SBS di bawah!

1. Buried Hearts

🔹 Tajuk Korea: 보물섬
🔹 Pelakon: Park Hyung Sik, Heo Joon Ho, Lee Hae Young, Hong Hwa Yeon
🔹 Tarikh Tayangan: 21 Februari | Setiap Jumaat & Sabtu, 10 malam KST

Drama ini mengisahkan seorang lelaki yang berjaya menggodam akaun dana politik rahsia bernilai 2 trilion won (kira-kira RM5.1 bilion), namun tanpa disedari dibunuh oleh seorang lelaki lain yang tidak tahu akaun itu telah digodam—mengakibatkan kehilangan keseluruhan dana tersebut.

2. The Haunted Palace

🔹 Pelakon: Yook Sungjae, Bona, Kim Ji Hoon
🔹 Tarikh Tayangan: April 2025

Drama ini mengisahkan Yeo Ri (Bona), seorang dukun yang menolak takdirnya sebagai perantara roh, serta Gang Cheol Yi (Kim Young Kwang), seekor Imugi (ular mitos) yang terperangkap dalam tubuh cinta pertama Yeo Ri, iaitu Yoon Gap (Yook Sungjae). Mereka berdepan dengan roh jahat Eight Feet Tall yang mengancam keluarga diraja.

3. Our Movie

🔹 Pelakon: Namgoong Min, Jeon Yeo Bin
🔹 Tarikh Tayangan: April 2025

Kisah seorang pengarah filem, Lee Je Ha (Namgoong Min), yang mengalami kemerosotan selepas kejayaan debutnya, serta seorang pelakon yang sakit tenat, Lee Da Eum (Jeon Yeo Bin), yang akhirnya ingin merasai bagaimana menjadi watak utama dalam hidupnya sendiri.

4. TRY: We Become Miracles


🔹 Pelakon: Yoon Kye Sang, Im Se Mi, Kim Yo Han

Drama ini berlatarkan kelab ragbi sekolah menengah, mengisahkan pemain muda yang berusaha membuktikan keajaiban mereka sendiri. Yoon Kye Sang membawa watak Joo Ga Ram, bekas harapan ragbi Korea yang jatuh akibat skandal dadah. Dia kembali ke sekolah lamanya sebagai jurulatih kontrak dan mendapati dirinya terperangkap dalam satu situasi besar.

5. Would You Marry Me?


🔹 Pelakon: Choi Woo Shik, Jung So Min

Sebuah komedi romantik tentang Kim Woo Joo (Choi Woo Shik), ketua pasukan pemasaran dan pewaris generasi keempat sebuah kedai roti tertua di Korea, serta Yoo Mary (Jung So Min), seorang pereka yang bersetuju dengan perkahwinan palsu selama 90 hari demi mendapatkan rumah mewah untuk pasangan pengantin baru.

6. The Mantis


🔹 Pelakon: Go Hyun Jung, Jang Dong Yoon

Diadaptasi daripada thriller Perancis La Mante, drama ini mengisahkan Jung Yi Shin (Go Hyun Jung), seorang pembunuh bersiri terkenal yang membunuh lima lelaki 20 tahun lalu dan kini dipenjarakan. Apabila pembunuhan serupa mula berlaku, polis meminta bantuannya untuk menyelesaikan kes tersebut. Jang Dong Yoon berlakon sebagai anak terasingnya, Cha Soo Yeol, seorang detektif yang berusaha menumpaskan pembunuh tiruan The Mantis.

7. Shouldn’t Have Kissed

🔹 Pelakon: Jang Ki Yong, Ahn Eun Jin, Kim Moo Joon, Woo Davi

Go Da Rim (Ahn Eun Jin), seorang wanita bujang, berpura-pura menjadi ibu yang sudah berkahwin demi mendapatkan pekerjaan. Namun, situasi menjadi rumit apabila ketuanya, Gong Ji Hyuk (Jang Ki Yong), mula jatuh hati padanya.

8. Taxi Driver 3

🔹 Pelakon: Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, Pyo Ye Jin, Jang Hyuk Jin, Bae Yoo Ram

Siri Taxi Driver kembali dengan musim ketiga! Drama ini mengisahkan perkhidmatan teksi rahsia yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang gagal mendapatkan keadilan. Barisan pelakon utama kembali dengan Lee Je Hoon sebagai Kim Do Gi, pemandu handal, serta Kim Eui Sung sebagai Jang Sung Cheol, ketua pasukan yang setia.

9. Human Starting From Today

🔹 Pelakon: Kim Hye Yoon, Lomon

Drama fantasi romantik ini mengisahkan Eun Ho (Kim Hye Yoon), seekor gumiho (rubah berekor sembilan) yang berbeza daripada kisah dongeng kerana dia mengelak daripada melakukan kebaikan atau mendekati lelaki kerana takut menjadi manusia. Namun, hidupnya berubah apabila satu insiden melibatkannya dengan pemain bola sepak terkenal, Kang Si Yeol (Lomon), menyebabkan dia tiba-tiba bertukar menjadi manusia.

Dengan pelbagai genre menarik daripada thriller hingga romantik, SBS benar-benar menawarkan barisan drama yang bakal mencuri perhatian sepanjang 2025. Sama ada anda peminat aksi mendebarkan seperti The Mantis, kisah cinta unik seperti Would You Marry Me?, atau fenomena popular Taxi Driver 3, pasti ada sesuatu untuk semua orang!

Jadi, drama mana yang paling anda nantikan? Jangan lupa tandakan kalendar anda dan bersedia untuk menyaksikan kisah-kisah menarik ini di SBS!

Sumber : 1 |