Tidak ramai yang tahu bahawa Lee Yi Kyung pernah dihimpit kesusahan akibat berhutang dengan ceti.
Watak yang pernah dimainkannya iaitu Park Min Hwan menerusi drama tvN Marry My Husband ini seolah-olah hasil terjemahannya di dalam dunia sebenar. Atas sebab itulah, Lee Yi Kyung dilihat berusaha keras di dalam industri seni dengan melakukan berbagai-bagai kerja.
Melalui bual-bicara di dalam rancangan radio KBS CoolFM kendalian Park Myung Soo pada 16 Disember 2024 ini, Lee Yi Kyung mendedahkan cerita peribadi mengenai dirinya yang ramai mungkin tidak tahu. Hal ini kerana pelakon itu mendatangkan perasaan ingin tahu netizen kerana dia dilihat cuba menceburkan dirinya menjadi penyanyi lagu balada, membuat persembahan di Jepun sehari sebelumnya, di samping membintangi beberapa buah drama dan program realiti tv selang beberapa hari.
“Adakah kau tengah berhutang?,” tanya salah seorang pendengar. Park Myung Soo mencelah dan bertanyakan samada Lee Yi Kyung pernah berehat.
“Aku rasa, ya pernah berehat,” katanya.
Kemudian, Lee Yi Kyung berkongsikan kembali saat-saat ketika dia cuba menyelamatkan seseorang yang hampir membunuh diri, seperti pernah didedahkan oleh saksi di tempat kejadian sekitar tahun 2020 sebelum ceritanya disahkan oleh agensinya kemudian.
“Ketika itu aku sudah selesai berlakon melakukan adegan bogel selepas menggelapkan kulit. Aku tiba di jambatan Hannam dan menyaksikan kemalangan baru berlaku. Seseorang cuba keluar dari kenderaan miliknya dan hampir-hampir jatuh ke Sungai Han. Aku terus menyambar kot milikku dan menutup tubuhnya,” katanya lagi.
Baca lagi: Lee Yi Kyung, berjaya selamatkan seorang lelaki daripada cubaan membunuh diri di atas jambatan
Selepas itu, Lee Yi Kyung turut berkongsikan cerita bahawa dia masih berhutang sekaligus mengesahkan kenapa dia berusaha dengan begitu gigih sekali sepanjang beberapa tahun ini.
“Kawan aku ini (bekas rakan sekolah) nampak macam ikhlas dan hidupnya pula susah. Jadi, aku tawarkan dia dengan membuka restoren ayam goreng untuk diuruskannya. Tapi ia meninggalkan kenangan pahit kerana restoren jadi bangkrap dan tiada apa yang tinggal kecuali hutang belaka,” tuturnya.
“Tapi kawan itu pun nampak ‘okay’ dah sekarang. Jadi, tinggal 85 juta won (~RM264,000) saja perlu dilunaskan. Kami memutuskan untuk bayar balik hutang itu bersama-sama,” sambungnya lagi.
Lee Yi Kyung kini sedang membintangi drama Channel A “Marry You”.
Sumber: money today