Lee Yi Kyung, berjaya selamatkan seorang lelaki daripada cubaan membunuh diri di atas jambatan

Gambar sebelah kanan hanya sekadar hiasan semata-mata, dan tak berkenaan dengan kejadian.

Lee Yi Kyung, pelakon yang dikenali atas lakonannya di dalam kdrama, telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada cubaan membunuh diri dalam satu kejadian yang berlaku di jambatan Hannam, Gangnam, Seoul.

Seorang saksi mendakwa pada 19 Mac yang lalu, dia ternampak seorang lelaki di dalam keadaan mabuk cuba melompat ke arah lori yang sedang bergerak laju sebelum lori itu cepat-cepat berhenti daripada merempuh lelaki tersebut. Pemandu lori itu segera turun dan cuba menarik lelaki tersebut daripada dirempuh oleh kenderaan lain yang bersimpang-siur.

Pada waktu kejadian itu juga, Lee Yi Kyung keluar daripada keretanya yang berhenti di belakang lori itu dan cuba membantu mententeramkan emosi lelaki mabuk tersebut. “Lee Yi Kyung membantu pemandu lori menenangkan lelaki itu daripada mendatangkan bahaya pada dirinya. Lee Yi Kyung mendakap lelaki itu dengan erat selain cuba menasihatkan lelaki itu supaya jangan terjun ke dalam sungai atau melompat ke arah jalan raya lagi sehingga bantuan sampai. Orang lain hanya tergamam dan tak tahu apa nak buat, tetapi Lee Yi Kyung macam tak de rasa gentar langsung. Dia sarung kot yang dipakainya kepada lelaki itu bagi memenangkannya yang tengah menggigil. Dia telah menyelamatkan lelaki itu,” dakwa saksi itu lagi.

HB Entertainment, jurucakap agensi Lee Yi Kyung mengesahkan berita yang tengah menular itu. “Kami hubungi Lee Yi Kyung, dan Lee Yi Kyung memang mengiyakan kejadian berkenaan. Dia tak alami sebarang kecederaan. Cuma, dia terasa malu berita kejadian itu tiba-tiba menjadi tular dan mendapat perhatian orang ramai.”

Sebelum ini, Lee Yi Kyung pernah dilantik sebagai duta kehormat untuk polis bantuan kecemasan, 112 dan dikurniakan pangkat tersebut daripada Jeneral Min Gap Ryong, Polis Diraja Korea. Antara drama lakonannya termasuklah SBS My Loves From The Star, KBS Descendants of The Sun, KBS Suits, KBS Children of Nobody, dan jtbc Welcome to Wakiki 2.

Sumber: sport seoul, tenasia, sedaily

loading...