Kim Young Dae kongsi tentang karier lakonan, drama akan datang, matlamat tahun 2025 dan banyak lagi

Kim Young Dae telah bekerjasama dengan Allure Korea untuk sesi penggambaran dan temubual!

Dalam temubual itu, Kim Young Dae membincangkan pelbagai topik. Mengimbas kembali drama terbarunya, “No Gain No Love,” pelakon itu mendedahkan, “Saya menonton siaran ulangan secara bersendirian. Saya sempat menonton siaran awal hingga episod 6, tetapi apabila penggambaran untuk [drama saya yang akan datang] ‘Dear X‘ bermula, saya menonton siaran ulangan selepas habis bekerja.”

Apabila ditanya sama ada dia memantau hasil kerjanya dengan teliti, Kim Young Dae menjawab, “Ya, saya lakukan. Walaupun saya selalu rasa ada perkara yang membuat saya tidak puas, saya tetap pastikan untuk menonton.” Apabila ditanya apa yang membuatkan dia berasa tidak puas, dia menjelaskan, “Saya kecewa dengan bahagian di mana lakonan saya tidak mencapai tahap yang saya harapkan, dan saya sedih kerana tidak akan mendapat peluang lagi untuk mendalami watak tersebut.”

Kim Young Dae pernah menyatakan bahawa dia belajar tentang kehidupan melalui watak-watak yang dilakonkannya. Apabila ditanya apa yang dia pelajari daripada Ji Wook, wataknya dalam “No Gain No Love,” dia menjawab, “Saya belajar tentang ketenangan. Sekiranya kehidupan diumpamakan sebagai lautan yang luas, pastinya ada ombak yang datang dan pergi. Kim Young Dae mungkin mudah terpengaruh dengan ombak itu, bertindak balas terhadap setiap naik turun, tetapi Ji Wook lebih tenang. Dia sentiasa sama. Walaupun dia telah melalui pelbagai rintangan sejak kecil, dia tetap tenang di permukaan, dan itu adalah sesuatu yang saya ingin pelajari.”

“Kalau ditanya sama ada saya macam watak Shin Min Ah dalam ‘No Gain No Love,’ yang selalu timbang baik buruk sebelum buat keputusan, Kim Young Dae jawab, ‘Tak juga. Setakat ni, saya lebih ikut kata hati dan bergantung pada keadaan.”

Dia juga berkongsi tentang personalitinya, ‘Saya lebih cepat melupakan sesuatu daripada terus memikirkannya berpanjangan. Kadang-kadang, saya merasa sakit, menderita, dan sedih, tetapi selepas beberapa hari, saya mula perasan perkara-perkara yang saya boleh hargai, dan akhirnya, kebahagiaan kembali bertandang. Lagi banyak kekecewaan yang saya hadapi, lagi banyak peluang untuk merasai kebahagiaan muncul. Saya sudah sedar bahawa pepatah ‘masa akan mengubati segalanya’ itu memang benar.”

Apabila ditanya sama ada dia berasa bangga kerana dapat membina kerjaya lakonan yang stabil tanpa berehat sejak debut pada 2017, dia menjawab, ‘Tiada yang lebih berharga daripada pengalaman. Saya tidak pernah teragak-agak atau menolak sebarang peluang lakonan. Saya sentiasa percaya bahawa usia 20-an adalah masa terbaik untuk menimba pengalaman.”

Tentang kerjaya lakonannya di usia 30-an, Kim Young Dae berkongsi, ‘Saya menantikannya, tetapi semua orang beritahu saya bahawa tiada apa yang terlalu istimewa mengenainya. Secara peribadi, saya berharap dapat mengawal emosi dan meraih ketenangan dalam hidup. Saya rasa saya dah lalui banyak liku-liku. Saya ada bayangan jelas tentang kerjaya dan kehidupan yang saya nak, dan harap satu hari nanti, saya boleh bercerita mengenainya dengan penuh keyakinan.”

Ketika ditanya tentang rasa bangga terhadap lakonannya, Kim Young Dae berkongsi, “Saya rasa bangga bila orang puji hasil kerja saya. Bagi saya, lakonan tidak lengkap jika ia tidak memberi kesan kepada penonton. Apabila seseorang dapat merasai atau terinspirasi oleh lakonan saya, itulah saat saya rasa saya telah melakukannya dengan baik. Sebab itulah saya lebih suka dipanggil dengan nama watak saya macam Kim Ji Wook, Joo Seok Hoon, Oh Nam Joo, atau Gong Tae Sung daripada nama sebenar saya.'”

Berkongsi mengenai drama terbarunya “Dear X,” Kim Young Dae mendedahkan bahawa dia memegang watak Yoon Joon Seo. Dia menjelaskan, “Kisah ini fokus pada Baek Ah Jin (Kim Yoo Jung). Joon Seo berperanan sebagai ‘malaikat pelindung’ dalam hidupnya, di tengah-tengah persekitaran lelaki yang mencabar di sekelilingnya. Pengarah Lee Eung Bok menerapkan pendekatan baru dalam drama ini, jadi saya rasa ia akan menjadi agak kompleks.”

Mengenai matlamat yang ditetapkan pada awal tahun ini, pelakon itu berkongsi, “Saya hanya berharap untuk mejalani tahun ini tanpa sebarang masalah besar.” Apabila ditanya sama ada dia merasa telah mencapai matlamat tersebut, dia menjawab, “Saya rasa begitu. Tahun ini banyak perkara berlaku, tetapi saya masih di sini, tetap berdiri.”

Mengenai matlamat yang masih ingin dicapainya tahun ini, Kim Young Dae berkongsi, “Saya mahu kembali kepada hobi membaca. Saya rasa saya perlu menyegarkan minda dan semangat saya. Pada awal usia 20-an, saya sangat suka membaca dan sering melakukannya, tetapi kebelakangan ini, saya lebih banyak menonton Reels daripada membaca. Mungkin itulah punca naik turun emosi saya, kan?”

Apabila ditanya tentang matlamatnya untuk 2025, dia menjawab, “Saya mahu meninggalkan semua perkara yang saya anggap sebagai masalah—seperti bangun lewat, menonton Reels secara berlebihan, dan tabiat makan yang berlebihan. Saya ingin menahan diri daripada membuat pilihan yang tidak sihat sebagai cara untuk mengatasi tekanan.”

Wawancara penuh dan sesi pemotretan Kim Young Dae akan tersedia dalam edisi November *Allure Korea*.

Sumber : 1

loading...