Ikuti sorotan episod 1-10 komedi romantis “No Gain No Love” yang sarat dengan drama dan kejutan

“No Gain No Love”, yang dibintangi oleh Shin Mina, Kim Young-dae, Lee Sang-yi, dan Han Ji-hyeon, adalah salah satu K-drama paling hangat ketika ini, dan anda pasti tidak mahu ketinggalan. Komedi romantik ini berkisarkan Son Hae-yeong (Shin Mina), yang berusaha untuk mengadakan perkahwinan palsu agar tidak kehilangan peluang kenaikan pangkat di tempat kerjanya, dan Kim Ji-uk (Kim Young-dae), seorang pekerja kedai serbaneka yang bersetuju menjadi suami palsunya. Berikut adalah ringkasan pantas episod 1 hingga 10!

Episod 1

Dalam episod pertama, kita diperkenalkan dengan zaman kanak-kanak Hae-yeong dan bagaimana dia menjadi pakar dalam mengira untung dan rugi. Kemudian, kita dibawa ke masa kini, di mana dia menghadiri majlis perkahwinan bekas teman lelakinya yang juga rakan sekerjanya. Dia mendapati sejak mereka berpisah enam bulan yang lalu, bekas kekasihnya telah berlaku curang terhadapnya. Kita juga diperkenalkan kepada Ji-uk, yang terkenal dengan kebaikan hatinya, Bok Gyu-hyun (Lee Sang-yi), CEO syarikat Hae-yeong, dan Nam Ja-yeon (Han Ji-hyeon), kawan rapat Hae-yeong yang juga penulis novel web popular berunsur dewasa. Hubungan Hae-yeong dan Ji-uk agak tegang, tetapi episod ini berakhir dengan Hae-yeong yang mabuk meminta Ji-uk untuk berkahwin dengannya demi mencapai impiannya untuk naik pangkat dengan lebih cepat. Episod pertama penuh dengan momen-momen lucu, jadi jangan lepaskan untuk menonton sepenuhnya!

Episod 2

Dalam episod ini, Hae-yeong pantas bergerak untuk merancang perkahwinannya walaupun belum lagi bertemu dengan calon pengantin lelaki. Dia bertekad untuk melangsungkan perkahwinan palsu agar tidak ketinggalan mendapatkan kenaikan pangkat dalam syarikatnya, kerana hanya wanita yang telah berkahwin dibenarkan bekerja rapat dengan CEO, disebabkan sejarah ayah CEO yang seringkali berlaku curang. Ji-uk akhirnya bersetuju menjadi suami palsunya selepas mendengar perbualan rakan-rakan Hae-yeong tentang betapa pentingnya perkahwinan itu kepada Hae-yeong sebelum ibunya hilang ingatan sepenuhnya akibat demensia. Ji-uk bersetuju dengan syarat Hae-yeong untuk menjaga menjaga kucing terbiar yang dia namakan Baby. Sementara itu, Ja-yeon bertemu dengan salah seorang peminat terbesarnya, yang kebetulan adalah ibu Gyu-hyun.

Episod 3

Segala persiapan untuk perkahwinan palsu mula disiapkan, tetapi Hae-yeong menyedari bahawa dia memerlukan lamaran dan dokumentasi video serta gambar-gambar untuk menceritakan kisah cinta mereka semasa majlis perkahwinan. Pada mulanya, Ji-uk menolak permintaan Hae-yeong, tetapi kemudian mengejutkannya dengan lamaran manis di kedai serbaneka, menggunakan snek jeli kegemaran Hae-yeong. Ji-uk mendedahkan bahawa dia menggunakan perkahwinan ini sebagai alasan untuk mengelakkan permintaan seseorang agar dia berpindah ke Kanada. Sementara itu, Gyu-hyun terkejut apabila mendapati ibunya meminati novel web dewasa *Spice Up Our Love*. Perkahwinan antara Hae-yeong dan Ji-uk berjalan lancar dan mereka terpaksa berkongsi bilik hotel untuk mengelakkan sebarang kecurigaan di kalangan rakan sekerja Hae-yeong yang menginap di sebelah bilik mereka. Di penghujung episod, ibu Hae-yeong mengenali Ji-uk semasa majlis perkahwinan, memberi bayangan tentang sejarah mereka di masa lalu.

Episod 4

Episod ini membawa kita ke masa lalu ketika Ja-yeon masih di sekolah menengah dan menyimpan perasaan kepada rakan sekelasnya, Yeo Ha-jun (Lee You-jin). Mereka bertemu semula di masa sekarang, tetapi Ja-yeon menyembunyikan jenis penulisan yang dia hasilkan, menyebabkan Ha-jun menyangka dia menulis buku kanak-kanak. Sebenarnya, Ha-jun adalah setiausaha Gyu-hyun, dan mereka seringkali bertelagah tetapi lucu. Hae-yeong dan Ji-uk berkongsi saat yang romantik di hotel sebelum Hae-yeong berangkat untuk berbulan madu seorang diri. Tiga bulan kemudian, Hae-yeong memenangi pertandingan anjuran syarikatnya, tetapi Gyu-hyun terlibat dalam masalah selepas meninggalkan komen yang menghina tentang novel web Ja-yeon. Ini menyebabkan Ja-yeon menyamannya atas tuduhan fitnah. Gyu-hyun cuba kelihatan seperti orang penganggur yang malang ketika ke balai polis, sementara Ja-yeon berpakaian untuk menakut-nakutkan. Gyu-hyun akhirnya mengetahui identiti Ja-yeon dan menyedari bahawa dia mengenali Ha-jun.

Episod 5

Ji-uk dipaksa bekerja di KKULBEE setelah diugut oleh seorang lelaki misteri. Jika Ji-uk enggan menurut arahannya, keluarga ibu kandungnya akan mengetahui rahsia sebenar tentang dirinya. Situasi ini merumitkan lagi keadaan bagi Hae-yeong, yang tidak menjangka akan bertemu dengan Ji-uk di tempat kerjanya. Ketika mereka keluar atas urusan kerja, Hae-yeong ternampak seorang kanak-kanak dengan lebam yang mencurigakan. Bapa kanak-kanak itu kemudian menyerang Hae-yeong apabila dia cuba merakam bukti penderaan tersebut, namun Ji-uk berjaya melindunginya. Ja-yeon dan Gyu-hyun bertemu lagi di hadapan balai polis, tetapi Ja-yeon enggan memaafkannya. Dia tiba-tiba pengsan apabila melihat sebuah lori yang hampir melanggar Gyu-hyun. Gyu-hyun segera mengangkat Ja-yeon dan membawanya ke hospital. Hae-yeong kemudiannya dilaporkan atas tuduhan gangguan di tempat kerja setelah rakan sekerja mendengar perbualannya dengan Ji-uk. Ji-uk segera masuk dan menjelaskan bahawa dia tidak diganggu kerana mereka sebenarnya suami isteri.

Episod 6

Rahsia perkahwinan Hae-yeong dan Ji-uk akhirnya terbongkar, dan semua orang kini mengetahuinya. Ji-uk mula meragui identiti bapa kandungnya. Gyu-hyun bertemu Ji-uk di sebuah rumah anak yatim setelah Ja-yeon bersetuju untuk menarik balik saman dengan syarat Gyu-hyun menjalankan kerja sukarelawan di sana. Hae-yeong dan Ji-uk terpaksa meluangkan lebih banyak masa bersama untuk mengekalkan penyamaran sebagai pasangan yang baru berkahwin. Mereka juga menyertai sidang media untuk membincangkan usaha mereka dalam mencegah penderaan kanak-kanak. Selepas itu, mereka dijemput ke majlis makan malam bersama CEO mereka, Gyu-hyun, ibu bapanya, serta bekas kekasih Hae-yeong, Ahn U-jae (Go Wook), dan isterinya, Kwon I-rin (Jeon Hye-won). Selepas minum wain yang berlebihan, Hae-yeong terbangun dan mendapati dirinya berada di katil bersama Ji-uk dan U-jae.

Episod 7

Episod ini bermula dengan menjelaskan peristiwa yang membawa kepada ketiga-tiga mereka (Hae-yeong, Ji-uk dan U-jae) berkongsi katil. Skandal lain di syarikatnya membuatkan Hae-yeong berusaha lebih keras untuk meyakinkan rakan sekerjanya tentang kebahagiaan perkahwinan barunya. Ji-uk memutuskan untuk berpindah ke bilik di atas bumbung rumah Hae-yeong bagi mengelakkan lebih banyak kecurigaan. Ternyata, Ji-uk pernah tinggal di sana 9 tahun lalu ketika dia masih  lagi bergelar seorang pelajar. Gyu-hyun dan Ja-yeon semakin akrab apabila Gyu-hyun cuba menghalang Ja-yeon daripada berjumpa dengan Ha-jun. Dia kemudian mendapati Ja-yeon mempunyai perasaan terhadap Ha-jun, dan Ja-yeon akhirnya bertemu Ha-jun sebelum menyedari bahawa Gyu-hyun adalah CEO dan bos kepada Ha-jun. Hae-yeong dan Ji-uk berjaya menganjurkan housewarming party di kediaman mereka. Ji-uk meluahkan cintanya kepada Hae-yeong, tetapi dia masih belum bersedia. Namun, setelah berfikir, Hae-yeong mengubah fikiran dan pergi ke tingkat atas untuk mencium Ji-uk.

Episod 8

Setelah housewarming party, Ja-yeon dan Ha-jun mengunjungi sekolah menengah lama mereka. Ha-jun bertanya mengapa Ja-yeon tiba-tiba meninggalkan sekolah dan berpindah, yang membuatnya teringat akan zaman ketika dia tinggal bersama ibu bapa Hae-yeong sebagai keluarga angkat dan bagaimana dia terpaksa berpindah untuk melarikan diri dari bapa kandungnya yang kejam. Ternyata, Hae-yeong mencium Ji-uk kerana Ja-yeon memberitahunya bahawa U-jae masih berada di kawasan itu dan memerhatikan mereka. Setelah menyedari hal ini, Ji-uk membalas ciuman Hae-yeong sebagai bentuk balas dendam kerana dicium tanpa persetujuannya. Gyu-hyun dengan ikhlas meminta maaf kepada Ja-yeon, dan dia kemudian menarik balik saman tersebut. Mereka melarikan diri bersama apabila Ja-yeon terlihat bapa kandungnya. Selepas melawat rumah anak yatim dan mendengar pengarah bercakap tentang Ji-uk yang masih bujang, U-jae menuduh Hae-yeong berpura-pura berkahwin untuk membalas dendam terhadapnya dan mencadangkan agar mereka menghidupkan semula percintaan mereka. Hae-yeong segera menolak cadangan itu. Dalam pada itu, hubungan Hae-yeong dan Ji-uk semakin mesra dan mendalam sehingga mereka diganggu oleh Gyu-hyun. Gyu-hyun terus bertanya kepada Ji-uk sama ada dia adalah anak luar nikah bapanya.

Episod 9 dan 10

Episod ini bermula dengan situasi tegang antara Hae-yeong, Ji-uk, dan Gyu-hyun. Ketika Hae-yeong dan Ji-uk hampir berciuman, Gyu-hyun tiba-tiba muncul dan marah kerana Ji-uk menyembunyikan kebenaran tentang identiti sebenarnya. Dia merasa dikhianati dan meminta Ji-uk serta Hae-yeong meninggalkan KKULBEE. Walaupun Ji-uk bimbang tentang Hae-yeong, dia tetap bertekad untuk mengambil alih syarikat.

Ji-uk berpura-pura sudah bercerai untuk melindungi Hae-yeong, tetapi Gyu-hyun tidak percaya dan memberikan ancaman yang lebih berat. Gyu-hyun juga berusaha mendapatkan hati Ja-yeon, tetapi dia menolak dengan alasan tidak ada harapan untuk mereka bersama. Ketika Ha-jun mengetahui tentang perasaan Gyu-hyun, ketegangan bertambah. Keesokan paginya, suasana sarapan menjadi janggal apabila rahsia masing-masing terbongkar. Hae-yeong memberi amaran kepada Gyu-hyun supaya menjauhi Ja-yeon, yang memiliki sejarah kelam: ayahnya merupakan pembunuh ayah Hae-young, menambahkan lagi kerumitan dalam situasi tersebut.

Pengurus Ji-uk memberikan nasihat berharga tentang pentingnya mengikuti kata hati, mencetuskan momen bermakna antara Ji-uk dan Hae-yeong. Sementara itu, Gyu-hyun dan Ja-yeon menikmati hari penyelidikan yang menyeronokkan, tetapi suasana tersebut terganggu oleh kehadiran orang lain.

Di akhir episod, Hae-yeong mendapati Ji-uk adalah anak angkat ibunya, menyebabkan rasa dikhianati timbul. Sementara itu, Hee-sung mengumumkan kehamilan yang menambah kekacauan emosi, di mana teman lelakinya bersedia memberi sokongan. Kini, penonton tidak sabar untuk melihat bagaimana segala konflik ini akan diselesaikan menjelang akhir drama.

Percintaan semakin hangat dan siri ini semakin menarik serta penuh drama. Hanya tinggal seminggu lagi sebelum drama berakhir, penonton tidak sabar untuk melihat bagaimana semua konflik ini akan diselesaikan. Setelah anda saksikan 10 episod pertama, pastikan anda tidak ketinggalan episod seterusnya kerana jalan ceritanya yang semakin  mendebarkan! Tonton No Gain No Love secara eksklusif di Prime Video dengan episod baru setiap Isnin dan Selasa.

loading...