Siri “Gangnam B-Side”: Pembongkaran eksploitasi, jenayah, dan keganasan akan tayang di Disney+ Hotstar 6 November ini

Dibintangi oleh Jo Woojin dan Ji Changwook, drama lapan episod yang akan datang ini membongkar jurang dosa, jenayah, dan rasuah sosial yang tersembunyi di dalam masyarakat bandar. Setelah dipinggirkan oleh rakan sekerjanya, seorang detektif terpaksa kembali berjuang di barisan hadapan dalam Gangnam B-Side—drama jenayah yang tidak boleh dilepaskan, akan ditayangkan pada 6 November, eksklusif di Disney+ Hotstar.

“Gangnam B-Side” mengikuti kisah seorang detektif, seorang pendakwa, dan seorang broker misteri yang masing-masing mengesan petunjuk berbeza dalam kes yang tersembunyi di dalam masyarakat bandar Gangnam. Misi mereka adalah untuk menjejak bintang kelab yang hilang, Jae Hee. Disutradarai dan ditulis oleh Park Nu Ri, yang juga mengarahkan filem terkenal “Money,” siri ini mempersembahkan pelakon baru seperti Jo Woo Jin, Ji Chang Wook, Ha Yun Kyung, dan BIBI. Siri ini berjanji untuk memberikan pengalaman yang mengasyikkan dengan arahan dan persembahan yang mantap

Terpinggir oleh rakan-rakannya dan terasing daripada keluarganya, Detektif Kang Dongwoo berusaha untuk membersihkan nama pegawai-pegawai lain yang terlibat dalam skandal rasuah. Dikhianati oleh mereka yang masih ada, Dongwoo terpaksa membina semula kehidupannya di sebuah kawasan luar bandar. Namun, apabila rakan anak perempuannya hilang, detektif yang dipinggirkan itu terpaksa kembali ke dalam kancah kekejaman ketika dia berjuang dengan sepenuh hati untuk menyelamatkan gadis tersebut daripada ancaman dadah, eksploitasi, dan pelbagai bahaya lain.

Jo Woo Jin, yang dikenali melalui peranannya dalam “Inside Men” dan “Kingmaker: The Fox of the Election,” membintangi sebagai detektif Kang Dong Woo, yang kembali untuk menyelesaikan kes tersebut. Dia dengan sempurna menggambarkan kerumitan wataknya, memberikan sentuhan realistik kepada cerita.

Ji Chang Wook, yang dikenali kerana persembahannya dalam “The K2,” “Backstreet Rookie,” dan “Lovestruck in the City,” melakonkan watak Yoon Gil Ho, seorang figura tanpa undang-undang di Gangnam yang berada dalam senarai suspek. Ji Chang Wook telah menjalani transformasi menyeluruh untuk membawa wataknya, menciptakan perubahan yang belum pernah terjadi dan memukau penonton dengan kehadirannya yang unik.

Ha Yun Kyung, yang telah memikat penonton dengan peranannya dalam “Hospital Playlist” dan “Extraordinary Attorney Woo,” memegang watak Min Seo Jin, seorang pendakwa yang menjadikan kes ini sebagai peluang untuk maju ke hadapan, memberikan persembahan yang menakjubkan bersama Ji Chang Wook.

Akhir sekali, BIBI, yang telah membuktikan kemampuannya sebagai pelakon dengan beberapa projek drama seperti “Hopeless” dan “The Worst of Evil,” berperanan sebagai Jae Hee, bintang teratas di kelab Gangnam yang menjadi pencetus insiden tersebut. Dia dijangka akan menambah lagi elemen penghayatan dalam filem ini.

Jadi jangan lupa untuk strim drama yang cukup mendebarkan ini di Disney+ Hotstar secara eksklusif bermula 6 November ini.

loading...