Kumpulan ‘DPR’ (Dream Perfect Regime) akan kembali ke Kuala Lumpur Disember ini dengan “The Dream Reborn World Tour 2024”

Para DREAMers! Berikutan pengumuman siri jelajah “DPR – The Dream Reborn World Tour 2024” yang akan berlangsung di 27 bandar di Amerika Utara dan Selatan serta Eropah, Dream Perfect Regime (DPR) telah mengesahkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi jelajah Asia mereka. Dibawakan oleh CK Star Entertainment, “DPR – The Dream Reborn World Tour 2024 di KUALA LUMPUR” akan berlangsung pada 18 Disember 2024 (Rabu), jam 8 malam di Mega Star Arena.

DPR ialah label muzik dan video bebas dengan pelbagai genre yang ditubuhkan pada akhir 2015. Kumpulan ini terdiri daripada artis-artis berbakat dalam pelbagai bidang seperti pemuzik, pengeluar, DJ, pengarah, juruvideo, koreografer, dan banyak lagi. Pengaruh mereka dalam seni, fesyen, dan muzik diakui secara meluas kerana cara setiap artis menyampaikan cerita peribadi mereka melalui projek yang dihasilkan.

Setakat ini, DPR telah berjaya menyelesaikan siri jelajah “The Regime World Tour” pada tahun 2022, yang mendapat sambutan hangat dan tiketnya habis dijual dengan cepat. Tahun ini, mereka kembali dengan siri jelajah yang baru, “DPR – The Dream Reborn World Tour 2024”, yang akan menampilkan tiga artis yang kini aktif di bawah label: DPR ARTIC, DPR CREAM, dan DPR IAN. Trio ini dijangka akan mempamerkan karisma dan bakat serba boleh mereka, menjanjikan pengalaman audio-visual yang tidak akan dilupakan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penyanyi-penulis lagu Korea DPR IAN beraksi bersama DPR CREAM dan DPR ARTIC pada 18 Disember 2024, jam 8:00 malam di Mega Star Arena. Tiket untuk jualan awam telah dibuka pada 30 Ogos 2024 (Jumaat) jam 10 pagi melalui my.bookmyshow.com/events/REBORN24.

Tiket-tiket dibahagikan kepada beberapa kategori dan dijual pada harga berikut : VIP STANDING: RM788,  EARLY ENTRY STANDING: RM398, GENERAL ENTRY STANDING: RM328, CAT 1: RM328 dan CAT 2: RM268. Harga yang dinyatakan bagaimanapun tidak termasuk yuran pemprosesan.

Untuk para peminat DPR, jangan lepaskan peluang berharga ini untuk bertemu dengan mereka. Pastikan anda membeli tiket melalui saluran rasmi bagi mengelakkan sebarang masalah atau kejadian yang tidak diingini.

loading...