“Saya akan cuba semula,” Ji Soo beri gambaran akan kembali berlakon selepas 4 tahun berehat ekoran kes buli

Saya akan kembali! Pelakon Ji Soo, yang menghentikan seketika aktivitinya kerana kontroversi buli di sekolah, kini telah beri bayangan untuk muncul semula selepas berehat selama empat tahun.

Pada 24 Ogos KST,  Ji Soo berkongsi berita itu melalui video bertajuk “Movie Vlog Documentary EP.01 The End of Tunnel” yang dimuat naik ke saluran YouTube peribadinya, ‘Ji Soo Road.’

Dalam video itu, dia berkata, “Banyak yang telah berlaku dalam tempoh empat tahun yang lalu. Saya menamatkan perkhidmatan tentera saya dan menyelesaikan perselisihan faham dengan rakan-rakan berkaitan kontroversi yang menjeratnya. Sekarang, saya perlahan-lahan bersedia untuk memulakan semula.”

Ji Soo turut berkongsi detik ketika dia melawat semula kawasan kejiranan Daehangno, sebuah kawasan di Seoul yang membawanya kembali ke zaman awalnya sebagai pelakon.

Dalam video itu, dia kelihatan merenung kehidupan lamanya yang tenggelam dalam dunia teater, di mana dia sering mengikuti guru lakonnya dan bergelut dengan pentas. Ji Soo menegaskan bahawa dia mahu kembali ke akar umbinya dan memulakan semula kerjayanya dengan asas yang kukuh.

Menariknya, Ji Soo turut mendedahkan bahawa dia telah bersungguh-sungguh belajar bahasa Inggeris semasa berehat, dengan harapan dapat terlibat dalam projek antarabangsa pada masa akan datang. Dia secara terbuka menyatakan hasratnya untuk menggarap filem berbahasa Inggeris, menunjukkan cita-citanya dan berharap untuk mencapai peluang baharu di pentas global.

Pada Mac 2021, Ji Soo terlibat dalam kontroversi apabila timbul dakwaan bahawa dia terlibat dalam buli di sekolah. Mengakui beberapa tuduhan ini, Ji Soo kemudian mengeluarkan permohonan maaf bertulis dan memutuskan untuk menarik diri daripada drama yang dibintanginya.

Pada Mei tahun yang sama, dia menamatkan kontrak eksklusifnya dengan agensinya, KeyEast, dan pada Julai, dia memfailkan saman fitnah terhadap pihak yang mula-mula membuat dakwaan itu. Bagaimanapun, defendan telah dibebaskan. Ji Soo kemudiannya menyertai tentera, berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan sosial, dan menjalani perkhidmatan ketenteraan mandatori.

Untuk makluman tambahan, pada pertengahan 2024, Ji Soo berada di Filipina untuk menjadi tetamu istimewa dalam drama aksi GMA “Black Rider”. Dalam drama itu, Ji Soo memainkan watak Adrian Park, seorang pejuang separuh Filipina, separuh Korea yang mengajar teknik menembak Vanessa (Yassi Pressman). Penglibatannya dalam drama ini mendapat reaksi pelbagai daripada peminat dan ramai memberi sokongan yang positif. Disamping itu, Ji Soo turut mendapat pujian daripada produksi di Filipina kerana kemahiran lakonan dan sikap professionalnya.

Semoga, akan ada sinar untuk Ji Soo kembali menghiasi dunia lakonan dan teruskan menyokong karier Ji Soo kerana setiap dorang berhak untuk dapat peluang kedua.

Sementara itu, jom tonton video YouTube penuh Ji Soo di bawah.

loading...