Ahn Jae Hyun dan Seo In Guk Bicara Tentang Persahabatan, Sumber Kepuasan, Projek Masa Depan dan Banyak Lagi

Ahn Jae Hyun dan Seo In Guk sertai majalah Cosmopolitan Korea untuk sesi pengambaraan dan temubual  untuk edisi Ogos.

Dalam temu bual itu, kedua-dua bintang itu mengimbas kembali perjalanan mereka bersama 12 tahun lalu sejak membintangi video muzik K.Will “Please Don’t…”. Baru-baru ini, kedua-duanya mendapat perhatian ramai selepas disatukan kembali untuk video muzik baharu K.Will “No Sad Song For My Broken Heart.”

Bagi saya, In Guk masih mengagumkan seperti biasa. Dia kelihatan sangat muda. Secara peribadi, saya rasa saya telah matang secara semula jadi setelah berdepan jatuh bangun kehidupan.

– Ahn Jae Hyun

Seo In Guk berkongsi, “12 tahun lalu, Jae Hyun kelihatan lebih tenang dan pendiam. Dia cukup berwibawa. Tapi sejak kebelakangan ini, dia nampak agak gila-gila. Saya tidak tahu dia boleh jadi seseorang yang penuh keseronokkan sekarang. Kadang-kadang dia menelefon saya pada waktu malam dan bertanya, ‘In Guk, awak buat apa?’ dan ‘nanti saya pergi [melawat] awak dengan motosikal’. Walaupun saya tak minum minuman alkohol, dia minum sendiri di hadapan saya. Apabila dia semakin selesa, semua perkara termasuk hubungan kami menjadi lebih santai. Ini terasa seperti Jae Hyun yang sebenar. Saya gembira dia mendapat kekuatan untuk menunjukkan dirinya yang sebenar selepas melalui masa-masa yang sukar.

Saya fikir saya juga telah memperoleh keupayaan untuk mendalami setiap karakter melalui pengalaman hidup dan kerja saya. Perbezaan antara dahulu dan sekarang ialah saya boleh meneroka sesebuah karakter tidak hanya secara luaran bahkan mendalaminya secara lebih terperinci. Sedangkan sebelum ini saya perlu aktif menunjukkan, ‘Saya adalah watak ini!’ kini saya hanya boleh berkata, ‘Saya watak ini sekarang.’’ Beza dulu dan sekarang, iaitu saya boleh meneroka, bukan sahaja permukaan watak, tetapi juga kedalamannya. Sedangkan sebelum ini saya perlu aktif menunjukkan, ‘Saya adalah karakter ini!”, sekarang saya boleh mengatakan, ‘Saya adalah karakter ini sekarang’.”

Apabila ditanya apakah erti kehadiran mereka dalam kehidupan satu sama lain, Seo In Guk berkata, “Dia seorang kawan yang baik dan benar-benar menakjubkan. Dia sangat merendah diri dan ikhlas. Baru-baru ini, kami minum bersama, dan tetamu di meja sebelah sedang berbual dengan serius. Jae Hyun secara semula jadi memulakan perbualan dengan mereka, dan bertanya, ‘Kenapa serius sangat? Kami akhirnya minum bersama mereka. Ia adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan untuk seseorang seperti saya yang lebih introvert.

Ahn Jae Hyun berkata, “Saya seperti ‘We Are the World’. Saya masih ingat saya tulis dalam buku bahawa saya ingin berkawan dengan 7.9 bilion orang di dunia, tetapi jika saya tidak boleh mencintai diri sendiri, bagaimana saya boleh mengasihi orang lain dan berkawan? Baru-baru ini, saya telah mengunjungi kedai sup tauhu lembut di Achasan yang sering dikunjungi oleh ramai warga emas. Saya seronok berbual dengan mereka, dan bertanya soalan seperti, “Apa yang anda lakukan?” dan “Di manakah tempat makan yang bagus di sekitar sini?” Saya juga bertemu dengan pemilik rumah secara tidak sengaja dan menjemputnya ke kandungan YouTube saya.”

Menggambarkan tentang kepuasan, Seo In Guk berkata, “Saya telah mencari rasa kepuasan itu, dan baru-baru ini, saya rasa kecewa dengan dengan sebahagian daripada diri saya. Saya menulis lagu yang tidak diterbitkan lagi tentang kebencian diri. Liriknya berbunyi, ‘Walaupun seseorang mendekati saya sekarang, saya akan menolaknya, tetapi saya juga tidak mahu sesiapa pun hilang. Ia mengenai perasaan yang berbelah bagi – mahu ditinggalkan sendirian tetapi juga tidak mahu ditinggalkan sendirian. Di hal ini, saya menyedari sesuatu yang penting. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 saya sejak debut, dan semasa pertemuan peminat, saya menyedari bahawa keselesaan yang saya berikan adalah sangat kecil berbanding dengan keselesaan besar yang saya terima daripada peminat. Dengan begitu banyak cinta yang dicurahkan ke dalam video muzik [“No Sad Song For My Broken Heart”], ia telah menjadi sumber ketenangan yang hebat untuk saya.”

Sementara itu, Ahn Jae Hyun berkata, “Saya berasa puas sekarang. Saya sangat seronok sibuk dengan kerja. In Guk dan saya memulakan kerjaya pada tahun yang sama, tetapi saya mengambil cuti kira-kira empat tahun dalam tempoh 15 tahun ini. Saat itu, ianya begitu sukar dan sunyi buat saya. Jadi, dengan adanya mereka yang menghubungi saya sekarang, ia membuatkan saya sangat gembira. Namun, saya mash belum bersedia untuk lebih terbuka.

Mengenai aktiviti masa depan, Seo In Guk berkata, “Saya telah memutuskan untuk tidak memisahkan lakonan dan nyanyian lagi. Saya hanya mahu menjadi seorang artis yang melakukan yang terbaik untuk kedua-duanya. Tahun lepas, saya mengarahkan filem pendek dan ia telah menang anugerah. Saya rasa saya sekarang lebih bercita-cita tinggi berbanding ketika saya masih muda. Saya mahu jadikan semua idea saya menjadi kenyataan, dan pada masa ini, saya merancang projek busking. Saya pasti syarikat akan ada perasaan bercampur-campur tentang perkara ini, tetapi saya mahu berhubung dengan peminat dan orang ramai melalui persembahan jalanan. Saya juga sedang bersiap sedia untuk mengarahkan video muzik saya sendiri dengan tema apokalips. Saya sedang mempertimbangkan untuk menjadikan manuskrip itu sebagai buku kanak-kanak kerana saya sangat suka ceritanya. Saya mahu meneroka setiap jalan kreatif tanpa rasa menyesal.”

Ahn Jae Hyun berkata, “Saya juga seronok mengerjakan projek baharu. Saya telah mula menjual reka bentuk barang kemas saya di China dan merancang untuk mengadakan pameran tidak lama lagi. Saya juga merancang kerjasama dengan flower artist Jacob Seol, yang bekerja di Amerika Syarikat, untuk acara di Seongsu.”

Mendengar hal ini, Seo In Guk menambah, “Anda harus cuba membawakan watak penjahat. Itu sangat menyeronokkan. Saya sangat menikmati karakter penjahat dalam filem ‘Project Wolf Hunting’. Jadi, saya mahu melihat Jae Hyun sebagai penjahat. Saya mendapati aspek watak yang lebih mendalam itu menarik. Contohnya, saya mempunyai imej lelaki yang kasar dan Jae Hyun mempunyai imej yang lembut dan baik hati. Tetapi apa yang saya suka tentang Jae Hyun ialah kedalamannya. Saya fikir jika Jae Hyun kalau memainkan penjahat, pasti menakjubkan. Sebagai rakan pelakon, saya menantikannya.”

Apabila ditanya tentang kepercayaan peribadi mereka, Seo In Guk berkata, “Saya mempunyai satu kepercayaan yang kuat: Apabila sesuatu yang buruk berlaku, sesuatu yang baik akan berlaku seterusnya. Naik turunnya mungkin berbeza, tetapi sentiasa ada pasang surut. Ia seperti mendaki ke puncak langit, kemudian terjun ke dalam laut, dan naik semula ke permukaan laut. Kerana saya percayakan hal ini, apabila sesuatu yang buruk berlaku, saya fikir, ‘Wah, apakah perkara baik yang akan berlaku kepada saya untuk menyebabkan hal ini? Dan apabila sesuatu yang baik berlaku, saya fikir, ‘Saya akan menggunakan ini untuk mengharungi cabaran masa depan. Kepercayaan ini memberi saya kekuatan yang besar.”

Ahn Jae Hyun berkongsi perspektifnya, “Saya sering membeli tiket loteri, walaupun saya selalu kalah. Ini adalah kepercayaan karut saya sendiri-idea bahawa jika kalah loteri, ia membantu mengelakkan nasib malang. Jika saya menang, hebat; jika saya kalah, maka itu satu bentuk perlindungan. Saya juga menggores tiket loteri segera sehingga saya kalah. Wang yang dibelanjakan untuk tiket loteri adalah untuk tujuan yang baik, jadi saya melihatnya sebagai melakukan sesuatu yang baik dan menangkis nasib buruk. Saya juga percaya pada prinsip dari buku Ralph Waldo Emerson, ‘Berdikari’. Dikatakan, walaupun sebuah kapal kelihatan berzigzag, ia masih menuju ke arah yang betul dari jauh. Walaupun anda goyah, anda masih membuat kemajuan, jadi jangan risau. Masa terus maju ke hadapan, dan setiap saat akan menjadi masa lalu. Kuncinya adalah untuk meneruskan kehidupan saat ini. Jika anda gembira sekarang, itulah yang terpenting. Jadi teruskan bergerak!”

Temu bual dan gambar lengkap boleh dilihat dalam majalah Cosmopolitan Korea edisi Ogos.

Sumber: 1

loading...