Jisoo BLACKPINK dan Park Jung Min jadi sepasang kekasih dalam drama zombi terbaru ‘Newtopia’

Coupang Play telah mengesahkan pelakon utama untuk drama zombi terbarunya yang akan datang “Newtopia”!

“Newtopia” mengisahkan Jae Yoon, yang berkhidmat dalam tentera, dan teman wanitanya Young Joo, harus melewati jalan-jalan di Seoul yang dipenuhi zombi untuk bersatu semula. Pasangan itu cuba bermati-matian untuk bertemu di tengah-tengah kekacauan wabak virus misteri.

Park Jung Min, yang mempamerkan kemahiran lakonan yang luar biasa dalam filem seperti “Deliver Us from Evil,” “Smugglers,” dan “Start-Up,” memegang watak Lee Jae Yoon, yang berkhidmat dalam tentera dan berasa tidak selamat dengan kerjayanya di masa depan.

Jisoo, yang membuat penampilan sulung lakonannya yang mengagumkan menerusi “Snowdrop,” memegang watak teman wanita Lee Jae Yoon, Kang Young Joo, yang baru sahaja mendapat pekerjaan pertama selepas menamatkan pengajian dari sekolah kejuruteraan.

Foto yang dikeluarkan menyerlahkan keadaan genting kedua-dua watak. Jae Yoon (Jung Min) ditunjukkan dengan ekspresi panik apabila menghadapi krisis zombi semasa berkhidmat dalam tentera. Orang bawahannya, In Ho (Im Sung Jae) kelihatan lebih ngeri, menunjukkan bahaya yang akan berlaku.

Sementara itu, Yeong Joo (Jisoo) muncul di lorong dengan riak wajah terkejut sekaligus menambahkan lagi rasa ingin tahu penonton tentang drama ini.

“Newtopia” akan ditayangkan pada tahun 2025. Nantikan lebih banyak kemas kini!

loading...