BTS & TWICE antara disenaraikan untuk buat persembahan mengejutkan di ‘2020 KBS Gayo Festival’ nanti

Image may contain: ‎15 people, ‎text that says '‎10 2020 KBS 가요 대축게 CONNECT A יה 2020.12.18[금] 2020.12.1 PM 8시 30분 KBS2‎'‎‎

Pada 15 Disember 2020 semalam, pihak produksi KBS telah menyenaraikan beberapa artis kpop yang bakal menggegarkan ‘2020 KBS Gayo Festival’ nanti.

Antaranya, BTS, Park Jin-young x Sunmi, Twice, Taemin, Paul Kim, Seventeen, Kim Yeon-ja x Seol Woon-do, NCT, dan Jesse x Jackson seperti termaktub di dalam video teaser yang dikeluarkan. Malah, persembahan khas daripada Moonbin ASTRO, Hyunjin Stray Kids, Juyeon The Boyz dan Shotaro NCT juga bakal dibuat.

Tema ‘KBS Gayo Festival’ tahun ini adalah ‘Connect’, yakni menghubungkan muzik dalam keadaan artis Kpop dan peminat tidak boleh bersemuka kerana pandemik Covid-19.

Yunho TVXQ/DBSK, Cha Eun Woo ASTRO dan Shin Ye Eun dipilih untuk mengemudi majlis. ‘2020 KBS Gayo Festival’ dijangka menemui penonton pada 18 Disember jam 7:30 malam.

Sumber: MBN

loading...