Lee Joon dan Cho Sae Ho dilaporkan akan sertai “2 Days & 1 Night” sebagai ahli tetap

Pelakon Lee Joon dan pelawak Cho Sae Ho akan menyertai barisan ahli “2 Days & 1 Night Musim 4”!

Pada 29 Julai, News1 dan JoyNews24 melaporkan bahawa Lee Joon dan Cho Sae Ho akan menyertai “2 Days & 1 Night Musim 4” sebagai ahli tetap.

Menjawab laporan itu, wakil dari rancangan itu menyatakan, “Sila tonton rancangan tersebut untuk pengesahan. Kami meminta pemahaman anda.”

Sebelum ini, ahli Yeon Jung Hoon dan Na In Woo, serta pengarah produksi (PD) Lee Jung Kyu telah meninggalkan rancangan itu selepas episod terakhir mereka pada 21 Julai.

Jika benar dan disahkan, Lee Joon dan Cho Sae Ho akan menyertai barisan ahli sedia ada iaitu Kim Jong Min, Moon Se Yoon, DinDin dan Yoo Seon Ho.

“2 Days & 1 Night” akan berehat selama tiga minggu dan berdepan dengan penyusunan semula bagi memberi laluan kepada liputan Sukan Olimpik Paris 2024 dan dijadualkan kembali dengan barisan baharu pada 18 Ogos.

“2 Days & 1 Night Musim 4” pada asalnya disiarkan setiap pada Ahad.

Sumber : 1

loading...