Akhirnya maklumat terkini yang dinanti oleh TheBs Malaysia (nama kelab peminat THE BOYZ) sudah diumumkan. Sensasi kumpulan K-pop yang terkenal di peringkat antarabangsa, THE BOYZ, dengan bangganya mengumumkan Siri Jelajah Dunia ke-3 mereka yang sangat dinanti-nantikan, “THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II.” Dipersembahkan oleh Star Planet, pertunjukan yang menggembirakan dan mengujakan ini dijadualkan berlangsung pada 7 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada pukul 3 PM.
Sejak penampilan sulung mereka, THE BOYZ telah menawan hati peminat K-pop di seluruh dunia dengan persembahan dinamik mereka, koreografi yang mengagumkan dan lagu-lagu popular di carta-carta muzik. Terkenal dengan kehadiran pentas mereka yang bertenaga dan pergerakkan yang sempurna, kumpulan itu bersedia untuk menyampaikan persembahan yang mempamerkan kepelbagaian dan bakat mereka.
Semua ahli THE BOYZ bersedia untuk memukau peminat mereka, yang dikenali sebagai THE Bs, dengan malam yang dipenuhi dengan persembahan yang menakjubkan, produksi pentas yang canggih dan pengembaraan muzik yang tidak dapat dilupakan melalui lagu-lagu hit mereka.
Siri jelajah dunia terbaharu ini secara rasminya dimulakan dengan tiga malam pertunjukan mendebarkan di Seoul pada bulan Julai, Korea Selatan. Bermula dari Seoul, THE BOYZ meneruskan perjalanan mereka merentasi Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara, melawat pelbagai bandar termasuk New York, Los Angeles, Bangkok, Jakarta, Manila dan Macau, Osaka, Paris dan London. Untuk info tambahan, lebih banyak bandar yang menjadi lokasi persembahan THE BOYZ akan diumumkan dikemudian hari.
THE BOYZ merupakan kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan dan diuruskan oleh IST Entertainment. Terdiri daripada SANGYEON, JACOB, YOUNGHOON, HYUNJAE, JUYEON, KEVIN, NEW, Q, JU HAKNYEON, SUNWOO dan ERIC, mereka telah mengumpulkan peminat global yang besar sejak debut mereka pada 2017. Terkenal dengan persembahan bertenaga tinggi, muzik inovatif mereka , dan penglibatan peminat yang hebat, lagu hits mereka berjaya menduduki carta teratas termasuk “The Stealer,” “THRILL RIDE,” “MAVERICK,” “WATCH IT,” “Nectar” dan “REVEAL.”
THE BOYZ telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu kumpulan K-pop terkemuka dalam industri. Beberapa anugerah hebat diterima mereka termasuk kemenangan di acara berprestij seperti Asia Artist Awards (AAA), Golden Disc Awards, Seoul Music Awards, The Fact Music Awards, dan Melon Music Awards.
Tiket untuk “THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II IN KUALA LUMPUR” boleh dibeli mulai 30 Julai jam 12 tengah hari melalui my.bookmyshow.com. Harga tiket adalah seperti berikut :
Free Standing
Zon A – RM 988
Zon B – RM 748
Zon C – RM 588
Numbered Seating (Tempat Duduk Bernombor)
P1 – RM 488
P2 – RM 358
P3 – RM 238
Peminat yang membeli pakej Zon A akan berpeluang menyertai acara hi-touch, mendapatkan soundcheck pass dan lanyard, printed ticket, 2 keping kad foto dan sekeping poster konsert . Manakala bagi peminat yang membeli pakej Zon B pula berpeluang mendapatkan soundcheck pass dan lanyard, printed ticket dan sekeping poster konsert.
Pembelian tiket awal amat disyorkan kerana permintaan yang tinggi untuk acara tersebut. Peminat diingatkan untuk mendapatkan tiket dari pihak yang berwajib sahaja bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini konsert, sila layari www.starplanet.com.my.