[Gempar] HyunA dan Yong Junhyung akan berkahwin Oktober ini

HyunA dan Yong Junhyung akan berkahwin tidak lama lagi!

Pada 8 Julai, YTN melaporkan bahawa HyunA dan Yong Junhyung akan mengadakan majlis perkahwinan mereka pada 11 Oktober di Seoul.

Menjawab laporan itu, wakil kedua-dua pihak telah mengesahkan perkara tersebut setelah mendapatkan informasi yang tepat daripada pihak yang berkaitan.

Berikut merupakan maklum balas daripada agensi HyunA

HyunA dan Yong Junhyung, yang telah menjadi sumber keselesaan antara satu sama lain dikala susah dan senang telah berjanji untuk berkahwin. Mereka akan melangsungkan perkahwinan dengan kehadiran kenalan rapat pada bulan Oktober dan memulakan hidup baru.

Kami berterima kasih kepada semua yang sentiasa menunjukkan sokongan hangat dan memohon doa yang baik-baik saja daripada anda semua untuk masa depan HyunA, yang telah membuat keputusan penting sebagai artis dan sebagai individu.

Agensi Yong Junhyung pula memberi kenyataan balas seperti berikut:

Yong Junhyung dan HyunA, dengan kasih sayang dan kepercayaan yang mendalam antara satu sama lain, telah memutuskan untuk mengadakan perkahwinan dengan kehadiran kenalan rapat mereka pada Oktober ini. Kami sangat menghargai minat dan restu anda untuk Yong Junhyung disaat dia akan memulakan lembaran baru dalam hidupnya sebagai pasangan suami isteri [dengan HyunA].

Sebelum ini pada 18 Januari lalu, HyunA dan Yong Junhyung secara terbuka mendedahkan hubungan mereka melalui media sosial dengan berkongsi gambar yang sama dengan berpegangan tangan di akaun Instagram masing-masing.

HyunA baru-baru ini mengeluarkan album mini “Attitude” pada bulan Mei, manakala Yong Junhyung mengeluarkan album mini “Beautiful Dystopia” pada bulan Mac. Masing-masing mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat mereka.

Sumber : 1

loading...