Bang Yedam teruja ingin mencipta kenangan bersama peminatnya di Malaysia sempena siri jelajah ‘Be Your D..’ Ogos ini

Calling all Malaysian BY:Ds!

Nampaknya fenomena K-pop sekali lagi bakal menggemparkan Malaysia. Terbaru, khabar gembira sekali lagi membuatkan peminat di Malaysia teruja. Masakan tidak, bintang K-Pop terkenal Bang Ye Dam  akan ke Kuala Lumpur sempena perjumpaan peminat solo pertamanya.

Dibawakan kepada anda oleh LOL ASIA dan GF Entertainment, 2024 “BE YOUR D” BANG YEDAM 1ST FAN MEETING akan diadakan pada 24 Ogos 2024 (Sabtu), jam 7 malam bertempat di Zepp, Kuala Lumpur. Pertemuan peminat ini sangatlah dinantikan oleh peminat Bang Yedam di Malaysia atau lebih dikenali dengan nama BY:D. Jadi, anda semua perlu bersiap sedia untuk jatuh cinta dan terpesona dengan kesayangan ramai ini kerana bakatnya yang luar biasa serta daya tarikan yang tidak dapat dinafikan lagi.

Penyanyi solo Korea Selatan Bang Ye-dam ini percaya kepada Harapan dan Perubahan. Selepas mengadakan pertemuan peminat di Bangkok dan Manila, dia meletakkan Malaysia dalam senarai siri jelajahnya untuk mencipta Impak Positif bersama peminat.

Dilahirkan pada 7 Mei 2002 di Korea Selatan, pada usia 22 tahun, Bang Ye-Dam telah memberi impak yang besar dalam dunia K-Pop. Dia mula menarik perhatian dunia pada 2012 sebagai peserta program uji bakat Korea yang dipanggil “K-pop Star.” Perjalanannya diteruskan sebagai bintang K-pop yang terkenal dengan membawakan persembahan hebat serta lantunan lagu-lagu yang penuh perasaan telah berjaya memenangi banyak hati peminat di Korea Selatan dan di seluruh dunia. Kini, sebagai artis solo, bintang Ye-Dam semakin bersinar.

Memberi tumpuan kepada producing dan memberikan nafas baru kepada kerjaya solonya dari 2022, hal ini sekaligus  meningkatkan jangkaan untuk usaha baharu Bang Ye-dam. Dengan persinggahannya baru-baru ini di Bangkok dan Manila, peminat di Malaysia boleh mengharapkan interaksi peminat yang bersifat lebih peribadi, persembahan yang  menarik dan sangat istimewa dengan koleksi lagu-lagu hits dari Bang Yedam.

Mula debut solo dengan album mininya pada November 2023 yang dikeluarkan di bawah GF Entertainment sebagai penerbit dan penyanyi dengan lagu ‘Only One,’ Ye-dam telah mengukir kejayaan yang luar biasa dan mendapat sambutan hangat daripada peminatnya di Korea Selatan. Single pra-keluarannya ‘Miss You’ menerima pujian dan kasih sayang yang luar biasa. Sejak debut solonya, Ye-dam telah meneruskan aktiviti muziknya. Bang Yedam turut terlibat dalam projek muzik kolaborasi menyanyikan lagu ‘INFJ’ bersama BIG Naughty dan BI. Selain itu, yedam turut menyumbangkan suaranya  menyanyikan runut bunyi untuk drama `Branding in Seongsu,’ yang berjudul `My All’ pada Februari 2024 dan terbaru, dia telah mengeluarkan single duet ‘Officially Cool’ dengan kerjasama Winter aespa.

Untuk ‘BE YOUR D’ di Kuala Lumpur, peminat boleh menantikan gabungan menarik lagu hits solonya dan lagu kegemaran peminat diiringi dengan malam yang menyeronokkan dan penuh kejutan. Ye-Dam juga akan berinteraksi dengan peminat melalui detik-detik muzikal istimewa sebagai kenangan terindahnya di Kuala Lumpur, sekaligus membuktikan bahawa dia benar-benar seorang selebriti yang disayangi dan dikagumi oleh peminatnya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Kamal berkongsi jangkaannya untuk BE YOUR D” BANG YEDAM 1ST FAN MEETING IN KUALA LUMPUR selepas kejayaan menganjurkan Ailee I AM : HERE.

Kami sangat gembira dan teruja untuk menganjurkan pertemuan peminat pertama Bang Ye-Dam di Kuala Lumpur. Perjalanan kariernya yang luar biasa daripada bintang yang menyerlah di ‘K-pop Star’ sehingga menjadi sensasi global benar-benar memberi inspirasi. Acara ini bukan sahaja meraikan muziknya, tetapi juga bukti jalinan ikatan yang kuat antara Bang Ye-dam dan peminatnya. Kami tidak sabar untuk melihat semangat dan keterujaan yang akan di bawakan oleh Ye-Dam dan peminatnya ke Zepp Kuala Lumpur pada 24 Ogos. Saya pasti, ini akan menjadi malam yang tidak dapat dilupakan.

– Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal

Penjualan Tiket dan Faedah Peminat

Jualan tiket rasmi kepada orang ramai akan bermula pada 4 Julai 2024, Khamis, 12 tengah hari melalui https://lolasia.bigtix.io/events. Tiket-tiket akan dijual pada harga seperti berikut bagi setiap kategori: VIP BOX RM758, VIP RM668, Cat1 RM458, Cat2 RM358,  Cat3 RM358 dan Cat4 RM288. Harga jualan tidak termasuk yuran tempahan sebanyak RM4.

Seandainya terdapat sebarang kemusykilan tentang pembelian tiket, anda boleh rujuk informasi seperti di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOL Asia (@wearelol.asia)

Jadi buat peminat Bang Ye-dam, jangan lupa untuk dapatkan tiket anda pada tarikh yang ditetapkan dan sebelum ianya kehabisan. Pastinya, ramai BYDs di Malaysia tidak sabar untuk bertemu dan betentang mata dengan Bang Ye-dam disamping menyaksikan persembahan yang sememangnya tidak akan dilupakan. Sila pastikan anda membeli dan mendapatkan tiket hanya melalui laman web rasmi LOL Asia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. 

Anda boleh layari media sosial rasmi LOL Asia untuk mendapatkan informasi terkini di Facebook, Instagram dan laman web rasmi LOL Asia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOL Asia (@wearelol.asia)

loading...