Nam Tae Hyun dakwa hampir tercabut nyawa sendiri gara-gara kerap dikecam netizen tanpa belas kasihan

Berikutan berita kematian Sulli yang masih hangat dan menjadi perdebatan di ruang media sosial, Nam Tae Hyun, bekas ahli Winner yang sudah pun mempunyai band kugirannya tersendiri, berkongsi luahannya terhadap kecaman netizen berpanjangan yang boleh menyebabkan seseorang kemurungan dan mahu membunuh diri.

Dipetik daripada portal Soompi, Nam Tae Hyun berkata, “Aku tak mahu lagi kehilangan kawan dan kenalan. Selebriti juga sesuatu pekerjaan yang mesti dilakukan oleh manusia. Aku sebagai seorang selebriti juga menerima kecaman, jadi ia sedikit sebanyak memberi kesan padaku. Dia (Sulli) , kawanku, mestilah dia sudah tak mampu lagi menahan kerana hatinya telah terluka.”

Tambahnya lagi, “Pernahku hampir mencabut nyawaku sendiri kerana aku juga tak sekuat dia. Kebanyakan selebriti terkesan dengan kecaman dan komen netizen yang diajukan pada mereka tanpa pertimbangan langsung.” Walaubagaimanapun, hantaran itu telah dipadamkan dan digantikan dengan amaran pula dilemparkan pada netizen yang membangkang kenyataannya tadi.

“Korang betul-betul meluat. Kat internet, korang jadi hakim dan peguam. Hentilah membebel ulang-ulang kali. Ia akan datang juga kepada korang. Aku tahu aku pernah silap dan aku telah minta maaf. Itu hal peribadi aku dan kenapa pulak korang nak masuk campur? Pergi berambus!,” kata Nam Tae Hyun.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: soompi, instagram Nam Tae Hyun

loading...