Yeonwoo dan Kim Jae Won sah sertai Lim Ji Yeon dan Choo Young Woo untuk drama era Joseon terbaru JTBC

Yeonwoo dan Kim Jae Won telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Lim Ji Yeon dan Choo Young Woo bagi membintangi drama baharu JTBC “Tale of Mrs.Ok”.

“Tale of Mrs. Ok” ialah sebuah drama yang mengisahkan tentang kehidupan dan kejayaan seorang hamba perempuan, Ok Tae Young (Lim Ji Yeon), semasa Dinasti Joseon yang telah memalsukan nama, status dan juga suaminya. Drama ini juga mengikuti Cheon Seung Hwi (Choo Young Woo), yang mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi Ok Tae Young.

Lim Ji Yeon akan memainkan watak Ok Tae Young, seorang hamba wanita di Dinasti Joseon. Ok Tae Young disayangi ramai kerana dia sering membantu orang lain walaupun dalam keadaan sukar. Namun, realitinya dia memalsukan nama asal, identiti, malah suaminya.

Choo Young Woo akan memainkan watak Cheon Seung Hwi, yang mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi Ok Tae Young. Cheon Seung Hwi menutup mukanya dengan selendang dan mengembara ke seluruh negara sambil membacakan novel kepada orang ramai. Dia jatuh cinta dengan Ok Tae Young pada pandangan pertama apabila dia bertemu dengannya secara kebetulan. Cheon Seung Hwi memberikan sokongannya dengan sepenuh hati walaupun selepas dia mengetahui identiti sebenar Ok Tae Young.

Yeonwoo pula akan memainkan watak Cha Mi Ryeong, seorang pelatih yang bergurukan Ok Tae Young. Cha Mi Ryeong digambarkan seorang yang penuh kebaikan dan berani, terutamanya dalam membantu mereka yang memerlukan, tetapi dalam masa yang sama menyimpan rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada sesiapa. Berjaya menarik perhatian penonton melalui karakter antagonisnya dalam MBC “Bitter Sweet Hell” yang kini masih ditayangkan, Yeonwoo akan membawa kedalaman kepada personaliti kompleks Cha Mi Ryeong.

Manakala, Kim Jae Won akan memainkan watak Sung Do Kyeom, seorang tokoh yang disayangi di kampung. Sung Do Kyeom sangat menghormati kakak iparnya, Ok Tae Young, yang menjadi tonggak sokongannya sejak kecil. Kim Jae Won, yang terkenal dengan peranannya yang memberi impak baru-baru ini dalam siri asal Netflix “Hierarchy,” dijangka menambah kedalaman watak Sung Do Kyeom.

“Tale of Mrs. Ok” akan mendedahkan impian kompleks dan rahsia tersembunyi Ok Tae Young, Cheon Seung Hwi, Cha Mi Ryeong, dan Sung Do Kyeom. Berlatarkan Dinasti Joseon, apabila status sosial sering membayangi hak asasi manusia, siri ini menerokai nasib yang saling berkaitan antara mereka yang mencari perubahan di tengah-tengah cabaran hidup mereka. Dengan gabungan bakat empat pelakon ini, “Tale of Mrs. Ok” menjanjikan jalan cerita yang menarik hati.

Nantikan lebih banyak kemaskini mengenai drama ini selanjutnya!

Sumber : 1

loading...