“Jinny’s Kitchen 2” akan disiarkan di Prime Video.
Pada 3 Jun, Prime Video hari ini mengumumkan bahawa rancangan tanpa skrip (unscripted) Jinny’s Kitchen 2, yang dibintangi oleh pelakon terkenal yang membuka dan mengendalikan restoran makanan jalanan Korea di luar negara, akan ditayangkan dimedium penstriman tersebut. Pelakon Jung Yu-mi, Park Seo-jun, dan Choi Woo-shik akan bersatu kembali dengan Lee Seo-jin dalam usaha baharu ini. Untuk musim 2 ini, pelakon Ko Min-si, yang terkenal dengan peranannya dalam “Smugglers” dan “Youth of May”, akan menjadi ahli baharu pasukan itu. Pelanggan Prime Video boleh menonton episod baharu Jinny’s Kitchen pada setiap Jumaat, mulai 28 Jun.
Jinny’s Kitchen 2 ialah musim baharu selepas musim pertama yang dibintangi oleh Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-jun, Choi Woo-shik dan V BTS yang menjalankan restoran makanan jalanan Korea di Bacalar, Mexico. Pada kali ini, Lee Seo-jin, Jung Yu-mi, Park Seo-jun, Choi Woo-shik, dan ahli baharu Ko Min-si akan mengusahakan restoran Korea di Reykjavík, Iceland. Perubahan yang lebih menarik boleh diberi perhatian termasuk penambahan ahli baru, menu makanan yang baharu dan beberapa perubahan di dapur. Penonton juga akan dapat menikmati keserasian dan gelagat lucu antara pelakon, pengembaraan mereka membuka kedai di lokasi baharu, dan pemandangan Reykjavík yang menakjubkan.
Jadi kali ini, Lee Seo Jin, bersama Jung Yu Mi, Park Seo Joon, Choi Woo Shik, dan Go Min Si, bersiap sedia untuk menerima tetamu untuk menghidangkan gomtang panas, sup tulang lembu tradisional Korea, di tengah-tengah angin sejuk di Iceland. Matlamat mereka bukan sahaja untuk menghangatkan cuaca yang sejuk tetapi juga mencairkan hati pelanggan mereka.
Dalam video teaser yang dikeluarkan, restoran Jinny’s Pot jelas menunjukkan penampilan cawangan kedua dan terbaru mereka, menjanjikan satu siri cerita yang memikat. Wajah pekerja yang berseri-seri dan tulisan tertera, “Drama yang menggambarkan impian, keremajaan dan harapan kakitangan di restoran Korea,” membangkitkan semangat. Walau bagaimanapun, pada penghujung video itu menunjukkan para pekerja keletihan dan terbaring di atas lantai, kelihatan kehabisan tenaga selepas restoran ditutup.
Nantikan lebih banyak keseronokkan serta permandangan indah di Reykjavík dengan menonton “Jinny’s Kitchen 2” di Prime Video pada 28 Jun ini. Saksikan trailer rasmi “Jinny’s Kitchen 2” di bawah.