Doh Kyung Soo teruja untuk bertemu peminat di Malaysia sempena konsert solo pertamanya Ogos ini

Berita baik buat peminat Doh Kyung Soo atau D.O yang tersayang. Anda semua dah boleh mula mark the calendar. Doh Kyung Soo akan mengadakan konsert solo pertamanya, Fan Concert BLOOM pada 17 Ogos 2024, bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil.

Terdahulu, pada kejayaan pertemuan peminat ‘Doh Kyungsoo Birthday Party’ yang diadakan di Seoul, penyanyi berbakat itu menyatakan ucapan selamat hari lahirnya – “Tahun ini, saya akan melawat peminat saya dengan lebih kerap.” Menepati janjinya, Doh Kyungsoo berkongsi berita gembira tersebut dengan memaklumkan mengenai siri jelajah konsert peminat di Asia. Peminat dilihat begitu teruja tambahan ini merupakan siri jelajah solo pertamanya dalam tempoh 12 tahun sejak penampilan sulungnya,  sekaligus menjadikannya lebih bermakna.
Sejak debut, Doh Kyungsoo seringkali dipuji kerana kebolehan menyanyinya yang luar biasa. Kemunculan semulanya pada Mei ini akhirnya sengan album mini ketiga “Blossom” berjaya mengubat hati peminat yang telah sekian lama menunggu. Selepas rilis, “Blossom” serta-merta melonjak ke puncak carta iTunes di 36 wilayah di seluruh dunia, membuktikan popularitinya yang luar biasa. Namun begitu, bukan sahaja album tersebut berjaya menarik perhatian ramai bahkan lagu utamanya yang bertajuk “Mars” juga melonjak ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, apabila mengungguli carta Lagu Teratas iTunes di 23 wilayah.
Selain bidang nyanyian, Doh Kyungsoo juga turut menceburi bidang lakonan dan muncul dalam pelbagai rancangan, menunjukkan kepelbagaian beliau sebagai seorang artis. Filem terbarunya, “The Moon”, di mana dia memainkan watak angkasawan, telah memperoleh beberapa pencalonan antaranya Pelakon Lelaki Terbaik di pelbagai majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Filem Blue Dragon dan Anugerah Grand Bell.
Dalam temu bual baru-baru ini, Doh Kyungsoo berkongsi –
Sehingga kini, saya sentiasa mempromosikan dengan [sesama ahli EXO], jadi saya tidak mempunyai banyak peluang untuk berdiri di atas pentas seorang diri. Sepanjang siri jelajah peminat Asia ini, saya akan menyanyikan beberapa lagu saya sendiri termasuk single terbaru dari mini album yang dikeluarkan pada awal Mei lalu. Saya sangat gementar, tetapi dalam masa yang sama saya juga sangat teruja apabila saya berpeluang bertentang mata secara langsung dengan peminat. Dengan itu, saya bagaikan mendapat tenaga yang luar biasa untuk membuat persembahan yang terbaik.

Penjualan Tiket

Jualan tiket rasmi kepada orang ramai akan bermula pada 28 Mei, Selasa, 12 tengah hari melalui https://my.bookmyshow.com/e/BLOOMD24. Tiket-tiket akan dijual pada harga seperti berikut bagi setiap kategori: VIP (Seated) RM928, Cat1 RM728, Cat2 RM648, dan Cat3 RM488. Harga jualan tidak termasuk yuran tempahan sebanyak RM4.

Faedah Peminat (Fan Benefits)

SEMUA pemegang tiket VIP layak menghadiri Sesi SEND-OFF yang akan diadakan sejurus selepas tamat konsert pada 17 Ogos. Pas VIP Bertandatangan Eksklusif dan lanyard BLOOM Eksklusif akan diedarkan kepada semua pelanggan VIP pada hari persembahan.

100 poster yang ditandatangani akan diedarkan kepada pemegang tiket bertuah dalam setiap kategori VIP, Cat 1, Cat 2, dan Cat 3. Dan lima pemenang bertuah dari kategori Cat 1, Cat 2 & Cat 3 akan berpeluang memenangi hadiah berupa polaroid berautograf eksklusif.

SEMUA pemenang untuk poster berautograf dan polaroid berautograf akan dipilih melalui cabutan bertuah yang dijalankan oleh sistem. Keputusan pemenang bertuah akan diumumkan di platform media sosial rasmi sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh konsert.

Tidak hanya itu, SEMUA penonton konsert layak menerima DUA Koleksi Kad Foto yang akan diimport khas dari Korea. Jadi, jangan lepaskan peluang berharga ini!

Butiran Fan Concert:

DOH KYUNG SOO ASIA FAN CONCERT BLOOM in MALAYSIA
Tarikh: 17 Ogos 2024
Masa: 6:00PM
Lokasi: Arena Axiata Bukit Jalil
Tiket dijual:28 Mei 2024 (Selasa), 12PM
Harga Tiket: VIP RM928 (DUDUK), RM728, RM648, RM488
*Semua harga di atas tidak termasuk yuran tempahan RM4
Untuk butiran pembelian tiket, sila layari: https://my.bookmyshow.com/e/BLOOMD24

🔹Anjuran: UnUsUaL Entertainment
🔹Dipersembahkan oleh: Syarikat SooSoo
🔹Dipromosikan oleh: HS Entertainment & Contents
🔹Pengurusan acara: Altus Prohouse

Jadi buat peminat Doh Kyungsoo, jangan lupa untuk dapatkan tiket anda pada tarikh yang ditetapkan dan sebelum ianya kehabisan. Pastinya, ramai peminat Doh Kyungsoo di Malaysia tidak sabar untuk bertemu dan betentang mata dengannya disamping menyaksikan persembahan yang sememangnya tidak akan dilupakan.