2024 FTISLAND Live ‘Hey Day’ di Kuala Lumpur – sesi ”Good bye” kejutan khas untuk peminat Zon Rock

Dianjurkan oleh Qew Communications Sdn Bhd “2024 FTISLAND LIVE ‘HEY DAY’ IN KUALA LUMPUR” dari kumpulan muzik lelaki terkenal Korea Selatan  FTISLAND, dalam masa 2 hari sahaja selepas penjualan tiket dibuka, tiket telah habis terjual dengan pantas.

FTISLAND mengumumkan akan penambahan “Good bye Session” sebagai tanda penghargaan kepada peminat, diatas sokongan mereka sepanjang ini! Oleh itu, selepas tamat konsert,  1,000 peminat yang membeli Tiket kawasan VIP Rock Zon telah berpeluang untuk bertemu secara langsung dan dapat mengucapkan selamat tinggal  kepada Band  FTISLAND secara dekat,  ini merupakan momen yang dirindui oleh para peminat yang sekian lama menunggu. FTISLAND menyatakan bahawa mereka tidak sabar menantikan konsert akan berlangsung pada 24 Februari nanti dan bertemu dengan semua peminat !

 Manfaat Istimewa Untuk Peminat !

FTISLAND memperkenalkan faedah-faedah istimewa khas untuk peminat yang hadir ke konsert nanti. Bagi mereka yang telah membeli tiket VIP berpeluang memenangi pass  “Sound Check” (500 keping), poster bertandatangan (100 keping), dan gambar Polaroid bertandatangan (15 keping). Bagaimana pula bagi pembeli tiket CAT 1, CAT 2, dan CAT 3 juga berpeluang memenangi pass “Sound Check” (200 keping) dan poster bertandatangan (50 keping). Pemenang-pemenang yang bertuah akan dipilih melalui sistem komputer, dan senarai nama mereka yang bertuah memenangi pass “Sound Check”  akan diumumkan di akaun Facebook dan Instagram rasmi Qew Communications Sdn Bhd seminggu sebelum konsert berlangsung. Untuk makluman pihak Penganjur berhak membuat semua keputusan akhir bagi semua faedah-faedah yang diberikan.

Qew Communications Sdn Bhd sangat gembira  dapat berkolaborasi dengan FTISLAND, dan ini menandakan penglibatan pertama mereka dalam menganjurkan konsert Kpop. “2024 FTISLAND LIVE ‘HEY DAY’ DI KUALA LUMPUR” ini adalah projek pembangunan pertama yang membawa K-pop ke dalam industri muzik tempatan. Bagi Agensi pengurus artis FNC Entertainment, Agen  Pengurusan O.N worldwide,  dan telah disokong oleh Amazing Friends Entertainment, untuk tiket rasmi Book My Show, tempat rasmi Zepp KL, serta rakan radio rasmi Eight FM, Hot FM, dan Fly FM. Konsert yang akan berlangsung pada 24 Februari 2024, jam 8:00 malam di Zepp KL. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/qewcomm.

Sebagai makluman, kesemua jualan tiket ‘HEY DAY’ di Kuala Lumpur telah habis dijual. Jadi kami harap anda semua berhati-hati sekiranya anda berjumpa dengan individu yang menjual tiket untuk konsert ini. Apapun, kami ucapkan selamat berhibur buat semua Primadonna yang akan menyertai konsert ini. Jumpa Sabtu ini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KMania (@kmania.my)

loading...