“No Way Out: The Roulette” lakonan Jo Jin Woong, Kim Moo Yeol, Yoo Jae Myung dan ramai lagi akan tayang Julai ini

Drama terbaru yang bertemakan thriller misteri “No Way Out: The Roulette” telah mendedahkan lebih ramai barisan pelakonnya! Antara yang membintangi drama tersebut adalah Jo Jin Woong, Yoo Jae Myung, Kim Moo Yeol, Yum Jung Ah, Sung Yoo Bin, Greg Han, Lee Kwang Soo dan Kim Sung Cheol

“No Way Out: The Roulette” menceritakan kisah survival mengenai pertarungan sengit di antara mereka yang ingin membunuh dan mereka yang ingin bertahan hidup, di tengah-tengah situasi di mana ganjaran  berupa wang ringgit bernilai 20 juta won menjadi habuan untuk membunuh seorang penjahat kejam yang dibebaskan dari penjara.

Watak utama drama ini iaitu Baek Joong Sik, pada asalnya akan dilakonkan oleh mendiang pelakon Lee Sun Gyun. Bagaimanapun, dia telah menarik diri daripada projek itu berikutan dakwaan berkaitan dadah dan pada akhirnya meninggal dunia.

Selepas itu, Jo Jin Woong mengambil alih watak Baek Joong Sik, seorang detektif yang ditugaskan untuk melindungi penjenayah terkenal, Kim Gook Ho. Yoo Jae Myung memegang watak Kim Gook Ho, bekas banduan yang kini menjadi sasaran hukuman mati selepas 13 tahun dipenjarakan.

Watak utama lain termasuk mereka yang cuba menggunakan tawaran pembunuhan awam untuk tujuan mereka sendiri. Kim Moo Yeol memegang watak Lee Sang Bong, wakil undang-undang dan peguam Kim Gook Ho. Didorong oleh cita-cita untuk mencapai kejayaan dalam dunia yang korup ini, Lee Sang Bong menawarkan diri untuk menjadi peguam Kim Gook Ho.

Yum Jung Ah pula memainkan watak Ahn Myung Ja, Datuk Bandar Hosan yang bermuka dua. Setelah derdepan dengan kehancuran kerjaya politiknya,dia  melihat Kim Gook Ho sebagai harapan terakhirnya dan memutuskan untuk mengambil kesempatan ke atasnya.

Sung Yoo Bin sebagai Seo Dong Ha, anak Kim Gook Ho yang merupakan pemain biola berbakat. Dia seringkali terbeban dengan stigma sebagai anak pembunuh. Greg Han akan memainkan watak Mr. Smile, seorang pembunuh upahan yang berpengalaman dan kejam yang datang ke Korea untuk membunuh Kim Gook Ho. Ini merupakan debut pertama Greg Han dalam drama Korea.

Lee Kwang Soo memainkan watak Yoon Chang Jae, seorang penyembelih yang ingin menuntut wang ganjaran dengan membunuh Kim Gook Ho. Manakala, Kim Sung Cheol menyertai kumpulan itu sebagai Sung Joon Woo, seorang paderi muda yang memberi pengaruh ke atas penganut di gereja besarnya.

“No Way Out: The Roulette” akan ditayangkan di U+Mobile TV pada bulan Julai ini.

Sumber : 1

loading...