6 kali muncul sebagai tetamu dan dipelawa Kim Jong Kook, kini Kang Hoon jadi ahli sementara ‘Running Man’

Pelakon Kang Hoon telah menyertai rancangan variety popular SBS “Running Man” sebagai ahli sementara pertama! Dikhabarkan

Pada 14 Mei, pasukan produksi “Running Man” telah mengeluarkan gambar berkumpulan ahli Running Man dan Kang Hoon. Dilaporkan bahawa Kang Hoon telah mengambil bahagian dalam sesi penggambaran baru-baru ini untuk “Running Man” sebagai ahli sementara.

Dengan pemergian Jun So Min daripada program tersebut, “Running Man” kini memiliki kekuatan seramai enam ahli termasuk Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, HaHa, Ji Suk Jin dan Yang Se Chan. Terdahulu sebelum itu, pada April 2021, Lee Kwang Soo mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada rancangan tersebut selepas 11 tahun bersama.

Hasil daripada perbincangan yang menyeluruh, kesemua mereka bersetuju untuk menerima pakai sistem ahli sementara, dengan berkata, “Mari cuba menyewakan kedudukan [Jun So Min] kepada ahli sementara supaya kedua-dua pihak tidak berasa tertekan.”

Dengan itu, Kang Hoon melangkah ke hadapan untuk menjadi ahli sementara pertama ‘Running Man’. Kang Hoon telah muncul dalam rancangan tersebut sebanyak enam kali dan berjaya buat ahli serta pasukan produksi kagum dengan daya tarikannya yang unik. Paling diingati, dia berjaya membuat penonton ketawa dengan gandingan lawan yang serasi disamping Kim Jong Kook.

Terdahulu pada bulan Februari, Kim Jong Kook pernah bertanyakan kepada Kang Hoon apabila pelakon itu menjadi tetamu jemputan di saluran YouTubenya ‘Gym Jong-kook.

KJK : Awak kata awak sedang berehat sekarang, bukan? Terdapat kekosongan singkat dalam ‘Running Man’, jadi jomlah sertai kami sekejap. Tak perlu jadi ahli tetap, hanya sertai kami buat sementara saja. Apa kata lakukannya bersama kami dan bila dah dikenalii awak boleh pilih untuk tinggalkannya. Jomlah datang ‘Running Man’ sebagai tetamu

KH : Saya tak cakap saya akan lakukannya (dalam nada malu-malu). Tapi bila awak hubungi dan ajak saya, saya pasti akan datang ke ‘Running Man’

(Pada minit ke 43.00)

Jadi antara sebab lain yang membuatkan Kang Hoon setuju sertai ‘Running Man’ adalah kerana ajakan daripada Kim Jong Kook. Kang Hoon akan membuat penampilan pertamanya sebagai ahli sementara di “Running Man” pada 26 Mei jam 6:15 petang KST. Semoga dengan penyertaan Kang Hoon akan menambahkan lagi seri rancangan yang digemari ramai ini Stay tuned!

Sumber : 1 | 2

loading...