Jejaka yang berjaya mencuri hati Ailee dan rancang berkahwin rupanya Choi Si Hoon dari “Single’s Inferno”

Akhirnya jejaka misteri yang berjaya mencuri hati Ailee didedahkan kepada umum.

Berita mengenai hubungan Ailee dan Choi Si Hoon pada mulanya didedahkan pada bulan Mac, dengan agensinya menyatakan seperti berikut.

Ailee bercinta dengan lelaki biasa (bukan dari kalangan selebriti) yang diperkenalkan oleh rakannya dan merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Dia juga merupakan seorang usahawan.

– A2Z Entertainment

Namun pada 14 Mei, agensi Ailee A2Z Entertainment mendedahkan bahawa kekasih hatinya adalah Choi Si Hoon, yang terkenal dengan peranannya dalam rancangan realiti bertemakan temujanji Netflix ‘Single’s Inferno’.

Choi Si Hoon ialah bintang yang semakin meningkat naik dalam industri hiburan Korea Selatan terutamanya selepas menyertai “Single’s Inferno”. Dia juga menjalankan restoran di Jongno, Seoul. Selain penampilannya dalam “Single’s Inferno” musim pertama, dia juga pernah membintangi beberapa projek termasuk web drama seperti “The New Employee,” “I Started Following Romance,” and “Cafe Kilimanjaro.”

Selepas hubungan mereka diketahui umum, Ailee menggunakan media sosialnya untuk meluahkan perasaannya, dengan berkata, “Saya harap saya dapat berkongsi berita gembira ini pada masa yang tepat. Walaupun berasa sedikit kekurangan pada masa itu, sokongan yang amat menggalakkan dan ucapan mesra daripada anda semua telah membuatkan saya ingin berkongsi kebahagiaan ini dengan semua orang.”

Tahun lalu, Choi Si Hoon menyiarkan foto yang diambilnya bersama Ailee di Instagramnya dengan kapsyen, “Menonton konsert bias saya, Ailee dan selamat hari jadi minggu bersama orang tersayang.”

Ailee mula terkenal selepas penampilannya dalam ‘Dream High 2’ pada 2012 dan memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada Februari tahun yang sama. Penyanyi itu terkenal dengan vokalnya yang lantang dan mengagumkan. Vokalnya menyerlah dalam lagu “Heaven,” “U&I,” and “Evening Sky.” Untuk pengetahuan, Ailee akan mengunjungi Malaysia pada 22 Jun ini sempena konsert solo pertamanya  I AM : HERE.

Semoga yang baik-baik saja buat Ailee dan Choi Si Hoon.

Sumber : 1 | 2

loading...