Mahkamah sahkan penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo tanpa tuntutan alimoni & harta sepencarian

Sebaik saja mahkamah memutuskan penceraian pasangan Song-Song ini, agensi Song Hye Kyo, UAA bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

“Hi, ini UAA. Song Hye Kyo telah bercerai secara sah pada hari ini, 22 Julai di Mahkamah Keluarga Seoul. Kami hendak memaklumkan bahawa kedua-duanya sudah bersetuju untuk bercerai tanpa tuntutan alimoni dan harta sepencarian,” kata jurucakap agensi itu.

Berdasarkan akuan ini, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah bercerai secara rasmi dan kedua-duanya tidak lagi akan memanjangkan proses timbangtara antaranya. Kemelut keretakan rumah tangga mereka berakhir selepas Song Joong Ki membuat tuntutan cerai itu di mahkamah pada 27 Jun 2019, dan dibalas oleh Song Hye Kyo kemudiannya dengan mengatakan ketidakfahaman dan perbezaan personaliti menjadi punca kepada penceraian itu.

Baca lagi : Song Joong Ki sudah tawar hati sejak sekian lama sehinggakan tuntutan cerai dibuat tanpa pengetahuan Song Hye Kyo

Sumber: donga , chosun ilbo

loading...