B.I kembali ke Kuala Lumpur Jun ini dengan konsert solo pertama “HYPE UP”, peminat kembali ceria dan teruja

Siap sedia untuk menyaksikan persembahan hluar biasa dari B.I, Jun ini. Penyanyi dan rapper serta penari terkenal dari Korea Selatan itu akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya  yang dikenali sebagai ID yang  bermaksud “identiti” – pada konsert solo pertamanya “HYPE UP”. 

Untuk pengetahuan, Kuala Lumpur tidak tersenarai dalam sirii jelajah B.I 2024 Tour “HYPE UP” ketika ianya mula diumumkan sebelum ini. Perkara ini membuatkan peminatnya di sini kecewa dan terluka. Seperti kata pepatah, kalau dah jodoh tak kemana, akhirnya Kuala Lumpur ditakdirkan menjadi salah satu destinasi persinggahan siri jelajah B.I dan berita ini disambut gembira oleh I.D Malaysia.

B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment akan  berlangsung pada Ahad, 30 Jun bermula jam 6 petang bertempat di Mega Star Arena, KL.  Penjualan tiket akan bermula pada 6 Mei jam 12:00 tengah hari melalui laman web tiket rasmi, www.ticketingtix.com 

B.I atau nama sebenarnya Kim Han-bin yang kini dikenali ramai merupakan bekas ketua kumpulan idol iKON  sebelum muncul semula sebagai penyanyi solo pada tahun 2021 di bawah label 131, yang turut  diasaskannya. Beliau kemudian debut solo dengan album single “Midnight Blue (Love Streaming)” pada tahun yang sama dan hasil daripada keuntungan jualan tersebut telah disalurkan kepada World Vision International iaitu sebuah organisasi kemanusiaan untuk membantu kanak-kanak yang berdepan dengan kesulitan. 

Dengan dua album studio (“Waterfall” dan “To Die For”) serta empat EP (“Cosmos”, “Love or  Loved Part.1”, “Love or Loved Part.2” dan “Tadaima”) dan diikuti dengan siri jelajah dari Asia ke Eropah, B.I antara artis K-Pop pertama yang diundang untuk membuat persembahan di festival muzik  Lollapalooza selain turut menyertai francais Rolling Loud di Thailand. 

B.I telah bekerjasama dengan pelbagai artis dalam penghasilan lagunya, termasuk Destiny Rogers dan  Tyla Yaweh pada “Got It Like That”; Bipolar Sunshine dan Afgan untuk “Lost at Sea (Illa Illa 2)”;  Jessi untuk lagu “Die for Love”, serta Soulja Boy dan DeVita menerusi lagu “BTBT”, yang  dinobatkan sebagai salah satu Lagu K-pop Terbaik 2022 oleh majalah Time. 

Turut dikenali sebagai penulis lagu dan penerbit, B.I ialah ahli Persatuan Hak Cipta Muzik  Korea dengan lebih daripada 100 lagu didaftarkan di bawah namanya, yang kreditnya termasuk  Blackpink dan Psy, antara nama besar lain dalam K-pop. 

Berikut merupakan maklumat mengenai kategori dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert B.I 2024  Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur dan harga adalah tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

HYPE Zon– RM788 

(Faedah Untuk Peminat: Menonton B.I buat soundcheck, 700 peminat bertuah dapat bergambar  dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi, 700 peminat berpeluang Hi Touch dengan B.I, 60 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50  peminat bertuah bakal mendapat album B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)  

UP Zon – RM688 

(Faedah Untuk Peminat: 150 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan,  setiap sesi 20 orang, 150 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 20 peminat bertuah bakal  mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat merchandise B.I  yang bertandatangan, poster rasmi.) 

BE Zon – RM538 

(Faedah Untuk Peminat: 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan,  poster rasmi.) 

IDENTITY Zon – RM338 

Sila pastikan anda mendapatkan tiket daripada pihak berwajib bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook dan Instagram.