10 drama Korea terbaru yang menarik siap sedia untuk tayangan sepanjang Mei ini

Annyeong, chinguyaa~~  As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama Korea yang akan meneruskan tayangannya untuk tahun 2024.

Well, sepanjang Mei 2024 ini, ada 10 drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang. So, let’s check it out the list.

1. Frankly Speaking

  • Tarikh Tayangan: 1 Mei 2024
  • Penyiar: JTBC | Netflix
  • Barisan Pelakon: Ko Kyung-pyo, Kang Han-na, Kim Jung Heon

Bertemakan komedi romantik, “Frankly Speaking” berlatarbelakangkan dunia penyiaran. Ko Kyung-pyo sebagai Song Ki Baek, adalah seorang juruhebah televisyen yang sopan dan berbudi bahasa. Dia dianggap sebagai salah seorang yang terbaik dalam industri. Pada suatu hari, dia tiba-tiba terjejas oleh keadaan yang menyebabkan dia meluahkan semua fikirannya yang tidak ditapis, mendatangkan malapetaka kepada kehidupan kerjanya.

Bagaimanapun, keadaan berubah selepas Song Ki Baek tiba-tiba mula bercakap dengan kasar, tanpa berfikir dan menyakitkan hati. Perubahan ini tentunya menjadi masalah baru dalam hidupnya sebagai juruhebah televisyen yang mempunyai imej yang baik.

Sementara itu, On Woo-joo (Kang Han-na) ialah seorang penulis untuk variety show TV. Terpesona dengan perubahan mendadak Ki-baek dan bahasa kasarnya, dia menjemputnya untuk muncul dalam rancangannya dan kedua-duanya mula bekerjasama.

2. The Atypical Family

  • Tarikh Tayangan: 4 Mei 2024
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Jang Ki-yong, Chun Woo-hee, Go Doo-shim and Claudia Kim

The Atypical Family, mengisahkan Jang Ki-yong sebagai Bok Gwi-joo, seorang lelaki muda daripada keluarga yang mempunyai pelbagai kuasa ghaib. Gwi-joo mempunyai keupayaan untuk mengembara masa ke detik-detik gembira dalam hidupnya, tetapi tidak dapat mengubah apa-apa pada masa lalu. Disebabkan itu, dia mengalami kemurungan dan kehilangan kuasanya.

Seperti Gwi-joo, keluarganya juga mula kehilangan kebolehan mereka kerana masalah kesihatan mental dan perubahan zaman yang semakin moden, daripada gangguan makan, ketagihan telefon pintar dan insomnia. Keluarga itu kemudiannya terlibat dengan Do Dae-hae yang misteri, yang mempunyai kuasa sendiri.

3. The Midnight Romance at Hagwon

 

  • Tarikh Tayangan: 11 Mei 2024
  • Penyiar: tvN | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Jung Ryeo-won, Wi Ha-joon

The Midnight Romance in Hagwon” berlatarbelakangkan Daechi, sebuah kawasan kejiranan yang terkenal sebagai pusat pendidikan swasta di Korea. Plot drama ini berkisarkan seorang tutor, Seo Hye Jin (Jung Ryeo Won)  yang tanpa jemu membantu pelajar bernama Lee Joon Ho (Wi Ha Joon) mendapatkan kemasukan ke universiti berprestij. Dalam perjalanan yang penuh berliku, Lee Joon Ho kemudian kembali ke akademi sebagai tutor baru selepas meletak jawatan dari sebuah syarikat besar kerana penangan cinta pertama terhadap tutornya dahulu, Seo Hye Jin, biarpun setelah 10 tahun berlalu.

Drama ini diarahkan oleh pengarah Ahn Pan Seok, yang sebelum ini telah menghasilkan pelbagai drama percintaan popular seperti “Something in the Rain,” “One Spring Night,” dan “Secret Love Affair.”

4. Dare to Love Me

  • Tarikh Tayangan: 13 Mei 2024
  • Penyiar: KBS | Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Myung-soo, Lee Yoo-young

Berdasarkan webtoon “Treat Me Carelessly” 2021, “Dare to Love Me” ialah siri komedi romantik mengenai kisah cinta antara seorang sarjana Konfusianisme dan guru seninya. Seorang lelaki muda yang hidup dengan prinsip Confucian yang ketat tentang kebajikan, kebenaran, kesopanan, kebijaksanaan, dan kepercayaan dari era Joseon, Shin Yun-bok (Kim Myung-soo) yang terjerat dengan Kim Hong-do (Lee Yoo-young) yang cuai.

Berbeza dengan pelajarnya, Hong-do mempunyai personaliti yang lurus tanpa hubungan atau kuasa. Walaupun sering tidak dihargai, dia bertekad untuk merai kejayaan dalam industri reka bentuk.

5. Crash

  • Tarikh Tayangan: 13 Mei 2024
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Lee Minki, Kwak Sunyoung, Heo Sungtae, Lee Hocheol

Anggota Polis Cha Yeon-ho (Lee Min-ki) ialah seorang ahli matematik dan penganalisis berbakat yang dipindahkan ke Pasukan Siasatan Jenayah Trafik (Traffic Crime Investigation – TCI). Walaupun mempunyai alasan yang tajam dan keupayaan untuk mensimulasikan adegan kemalangan, dia tidak boleh memandu dan tidak mempunyai kemahiran sosial, yang mana ianya menjejaskan perkembangan kerjayanya.

Selepas dipindahkan ke pasukan TCI, dia mula bekerja dengan Min So-hee (Kwak Sun-young), veteran jenayah kekerasan dan pengasas pasukan, Jung Chae-man (Heo Sung-tae), serta pakar kereta , Woo Dong-ki (Lee Ho-cheol). Bekerjasama dalam satu pasukan, mereka menyiasat peningkatan mendadak dalam jenayah lalu lintas.

6. Uncle Samsik

 

  • Tarikh Tayangan: 15 Mei 2024
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Song Kang-ho, Byun Yo-han, Lee Kyu-hyung, Jin Ki-joo, Seo Hyun-woo

Berlatarkan tahun 1960-an di Korea, drama “Uncle Samsik” mengetengahkan zaman huru-hara dan kekacauan di Korea sehingga seorang lelaki yang bergerak dalam bayang-bayang muncul untuk memanipulasi sistem dan pemain utamanya demi kemajuan negara.

“Uncle Samsik” yang membawa genre fiksyen berkisarkan seorang lelaki bernama Kim San (Byun Yo Han), yang digambarkan sebagai seorang yang idealistik, bercita-cita tinggi dan terdorong untuk mengubah nasib negaranya. Sebagai penerima Biasiswa Albright, Kim San hanya mahu mengubah negaranya menjadi sebuah negara perindustrian dan memberikan kemakmuran peringkat Amerika kepada rakyat Korea.

Niat Kim San nampaknya berjaya menarik perhatian Encik Doochill atau Uncle Samsik (Song Kang Ho), seorang pekerja yang mencurigakan yang mampu menyesuaikan diri dengan semua situasi. Beliau juga akan mengambil apa sahaja langkah yang perlu untuk membantu mencapai matlamat bosnya.

Kim San dan Uncle Samsik mula bekerjasama membentuk pakatan untuk meneroka kerumitan sistem sedia ada. Kedua-duanya berhasrat untuk merealisasikan matlamat bersama demi masa depan yang lebih baik

7. The 8 Show

  • Tarikh Tayangan: 17 Mei 2024
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Ryu Jun-yeol, Chun Woo-hee, Park Jeong-min, Lee Yul-eum, Park Hae-joon, Lee Joo-young, Moon Jeong-hee and Bae Sung-woo

Berdasarkan webcomic Money Game yang ditulis oleh Bae Jin-soo, “The 8 Show” mengisahkan lapan peserta yang terdesak untuk mendapatkan wang tunai ketika mereka menyertai program realiti televisyen di mana mereka terpaksa tinggal di sebuah studio kosong yang dikelilingi oleh dinding konkrit.

Jika mereka dapat bertahan selama seratus hari, para peserta boleh membahagikan hadiah kemenangan sebanyak 44.8 bilion Won secara sama rata. Walau bagaimanapun, peserta perlu merancang dengan teliti perbelanjaan sara hidup mereka seperti bil utiliti, makanan dan banyak lagi pada masa ini, kerana perbelanjaannya adalah seribu kali ganda lebih mahal daripada di dunia luar dan bayarannya akan ditolak terus daripada hadiah.

8. Not Strong, but Attractive Homicide Squad

  • Tarikh Tayangan: 22 Mei 2024
  • Penyiar: SBS
  • Barisan Pelakon: Kim Dong-wook, Park Ji-hwan, Seo Hyun-woo, Park Se-wan and Lee Seung-woo

Drama jenayah komedi yang akan datang ini mengisahkan tentang skuad berprestasi paling rendah negara yang bergandingan dengan Dongbang Yoo-bin (Kim Dong-wook), ketua skuad paling elit negara, dan akhirnya membentuk pasukan yang hebat.

Pada asalnya ketua skuad hit elit, Yoo-bin ditawarkan peranan berprestij di universiti di luar negara. Bagaimanapun, dia kemudiannya kembali ke Korea atas sebab-sebab misteri, dan menjadi sukarelawan untuk mengetuai skuad pembunuhan berprestasi paling teruk di Balai Polis Songwon.

9. Connection

  • Tarikh Tayangan: 24 Mei 2024
  • Penyiar: SBS
  • Barisan Pelakon: Ji Sung, Jeon Mido

Ji Sung menerajui drama thriller jenayah “Connection” sebagai Jang Jae-kyung, seorang detektif berbakat dalam pasukan petugas jenayah dadah di Balai Polis Anhyeon. Jae-kyung seorang lelaki yang jujur dan berprinsip. Disebabkan itu, dia menjauhkan diri daripada orang tersayang, kerana dia percaya bahawa hubungan peribadinya akan merumitkan keupayaannya ketika menjalankan tugas.

Selepas kematian mengejut salah seorang rakan sekolah menengahnya, yang meninggalkan polisi insurans bernilai 5 bilion won, Jae-kyung membongkar rangkaian rasuah tempatan yang kompleks. Sementara itu, wartawan berita hal ehwal sosial yang lantang Oh Yoon-jin (Jeon Mi-do) kembali ke kampung halamannya di Anhyeon selepas dipecat daripada pekerjaannya. Mengetahui penyiasatan Jae-kyung, dia kemudian menjadikan rasuah di bandar kecil itu sebagai tumpuan barunya.

10. Dreaming of Cinde Fxxxing Rella

  • Tarikh Tayangan:   Mei 2024
  • Penyiar: TVING
  • Barisan Pelakon: Pyo Ye-jin, Lee Jun-young

Dalam “Dreaming of Cinde Fxxxing Rella”, Lee Jun-young memainkan watak Moon Cha-min, anak kepada keluarga konglomerat kaya dan CEO sebuah kelab sosial. Dia mempunyai personaliti yang sombong, dan memandang rendah terhadap wanita yang mengimpikan kisah cinta seperti cerita dongeng.

Sementara itu, Shim Jae-rim (Pyo Ye-jin) yang optimis merupakan pengurus yang baru diambil bekerja di kelab sosial Cha-min. Membesar dalam kemiskinan, dia berharap dapat melarikan diri dari keadaan kewangannya dan mencari Putera Tampannya. Walaupun personaliti mereka bertentangan, Cha-min dan Jae-rim memulakan hubungan romantis di mana Cha-min belajar untuk berempati, manakala Jae-rim mula menjadi lebih berdikari.

Kdrama Kisses — what are your top 10 favorite kdramas?

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...