Lebih 35,000 kunjungi Bazar Raya CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA, kehadiran Siti Nurhaliza, Jac & Phei Yong jadi penambah seri

Kuala Lumpur, 25 April 2024 — Bazar Raya CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA yang bertempat di Depot Sentul pada 29 hingga 31 Mac 2024 lalu,  telah memecahkan rekod bilangan pengunjung semasa teramai sepanjang zaman untuk edisi RIUH Raya! dengan catatan sebanyak 35,741 pengunjung, sekaligus mencatatkan anjakan sebanyak 20 peratus berbanding edisi sebelumnya. Ia juga adalah rekod bilangan pengunjung semasa teramai sejak program RIUH Raya diadakan pada tahun 2017.

Bukan saja mempamerkan lebih 100 penggiat kreatif tempatan daripada pelbagai sektor penggayaaan diri dan F&B, malah program kali ini turut menampilkan penyanyi lagenda tersohor sepanjang zaman, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang merupakan duta rasmi CUCKOO, diiringi oleh Jaclyn Victor dan Phei Yong sebagai duta baru yang dilantik. Perlantikan trio duta ini diinspirasikan daripada keperibadian mesra serta keunikan latar belakang mereka di samping mengabdikan semangat CUCKOO untuk menggalakkan gaya hidup sihat bertemakan ‘For All Kinds of You’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Kempen ini turut diperhebatkan dengan tanda pagar #SAMASAMAHealthier.

Pada hari pertama pelancaran bazar raya, lebih 13,768 pengunjung datang berpusu-pusu membeli belah kelengkapan raya, menikmati juadah berbuka puasa daripada pelbagai vendor selain menyaksikan persembahan julung-julung kalinya daripada duta rasmi CUCKOO.

Hoe Kian Choon, CEO CUCKOO International

 

“Bazar raya #SAMASAMA telah menyaksikan bilangan pengunjung yang agak luar biasa, sekaligus mempamerkan keterujaan orang Malaysia. Kerjasama antara CUCKOO dan RIUH pastinya meninggalkan kesan berpanjangan. Kami sangat berbesar hati dapat menyertai platfom yang boleh menyerlahkan kreativiti dan keusahawanan orang Malaysia,” ujar  Hoe Kian Choon, CEO CUCKOO International.

Kejayaan ini juga menyaksikan gandingan serasi antara CUCKOO dan RIUH, dengan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. yakni syarikat subsidiari di bawah Kementerian Kewangan dan jagaan Kementerian Komunikasi. Hadir sama menyertai majlis berkenaan ialah YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi,  YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Pengerusi MyCreative Ventures,
YB Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik. Reputasi RIUH dalam memilih vendor yang unik telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penggiat seni dan kreatif, hatta menjadikannya penganjur dinanti-nantikan sepanjang tahun.

Bazar Raya CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA telah menawarkan pelbagai vendor yang menarik. Pengunjung berpeluang menikmati kuih raya, membeli baju raya dengan penawaran berbagai aneka fesyen terkini, menyertai bengkel kreatif dan menyaksikan konsert hari raya daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri bergandingan bersama Jaclyn Victor dan Phei Yong. Antara lagu dinyanyikan termasuklah Sesuci Lebaran, When You Believe (nyanyian duo Siti Nurhaliza dan Jac) dan lagu tema CUCKOO, Sama-sama. Dengan inisiatif #SAMASAMABuatBaik, CUCKOO berharap dapat menghimpunkan komuniti rakyat yang berbilang kaum ketika musim raya menjelang.